
TUARAN, 8 Januari 2021- Ketua Jurulatih Kelab Olahraga TA Tuaran, Victor Suan Orow melahirkan kebimbangan tanpa latihan itensif akan mnjejaskan prestasi atlit-atlit kendaliannya yang bernaung di bawah TA untuk beraksi cemerlang dalam mana-mana kejohanan yang berlangsung akan datang.
Justeru itu, beliau terus merangka jadual padat kepada semua atlit beliau walaupun baru saja kembali dari Tambunan menjalani Latihan Altitud Tinggi Tuaran Athletics.
Hari ini beliau bersama atlit-atlit TA terus menjalani intensiti latihan yang tinggi di Pusat Ekonomi Sosial Anak Tuaran (PESAT). " Kombinasi latihan di gim dan trek mampu menghasilkan keputusan optimum". Jelas beliau kepada Wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat terus mendoakan kejayaan atlit-atlit TA mampu menggegarkan persada olahraga negeri Sabah suatu hari nanti.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 332







