
TAWAU, 20 Januari 2021 - PERKALAS berkesempatan ruang dan waktu menyantuni dan berkongsi rezeki kepada golongan terpinggir sekitar Tawau hari ini.
PERKALAS berkata, tidak banyak namun mampu mengenyangkan mereka malam ini, Semoga Allah sentiasa menjaga golongan ini dan kepada sahabat-sahabat yang bertemu golongan terpinggir dan gelandangan daif ini bersamalah kita kongsikan rezeki terutama makanan dan minuman. Percayalah dalam rezeki kita terdapat juga rezeki untuk orang lain.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyanjung tinggi serta menghargai jasa bakti yang dihulurkan ini semoga beroleh rahmat keberkatan olehNya.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 373







