
TAWAU, 1 Februari 2021 - Pegawai PBSB Tawau tambah ilmu menghadiri satu Seminar Formula Ajaib MEPS CONCEPT (Online) melalui aplikasi " GOOGLE MEET" telah diadakan hari ini.
Program ini dianjurkan dan dikongsikan sendiri oleh Dr. Sharifah Mazlina, Ratu Ais Negara – AWETA.
Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau mengucapkan syabas dan tahniah buat Encik Zayanidi Bin Abbas - Pegawai Unit Sukan dan Puan Mariam Binti Mualam - Pembantu Tadbir Kewangan, PBSB Tawau telah hadir seminar ini melalui kaedah pembelajaran dan pengajaran atas talian. Aspek penting perkongsian yang telah dipelajari adalah Idea Asal dari Dr Sharifah yang telah mencipta MEPS CONCEPT ini dan digunapakai hingga ke Antarctica, Kutub Utara dan Greenland untuk Ketahanan MENTAL, EMOSI, PHYSICAL, SOCIAL DAN SPIRITUAL, dengan menekankan 3 perkara utama iaitu Anjakan Paradigma, Keluar dari Zon Selesa dan Maksima Potensi Diri. Katanya lagi.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada Penganjur dan Penceramah yang hebat iaitu Dr Sharifah Mazlina atas perkongsian ilmu yang sangat-sangat berfaedah dan bermanfaat.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 433








