- JBS Sabah
- Hits: 541
MRA SABAH (TAWAU) DAN UNIVERSITI SELANGOR BERKOLABORATIF MEMBANTU GOLONGAN ASNAF

TAWAU, 8 Februari 2021 - Team MRA Sabah (Tawau) dan Pelajar Pusat Pengajian Asasi & Umum Universiti Selangor berkolaboratif menyediakan bakul makanan untuk diagihkan kepada golongan Asnaf dan ibu tunggal yang telah dikenalpasti hari ini.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) berkata, program ini merupakan usahasama rentas Universiti dalam khidmat komuniti kepada golongan masyarakat khususnya Asnaf dan ibu tunggal yang sangt terkesan akibat pandemik covid19 (PKP 2.0) ketika ini.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyambut baik serta merakamkan syabas dan tahniah kepada Team MRA Sabah (Tawau) dan Universiti Selangor atas gerak kerja usaha murni yang sangat baik ini.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 541







