
TAWAU, 15 Februari 2021- Persatuan Rumpun Sosial Lundayeh Tawau (PERSOLUT) yang diketuai Presidennya iaitu Pn. Deby Roben bersama beberapa Ahli Majlis Tertinggi persatuan telah hadir membuat mengadakan kunjungan muhibah kepada YB Andi Muhammad Suryady di pejabat ADUN Tanjung Batu di sini pada pagi ini.
Antara lain tujuan kunjungan tersebut adalah memperkenalkan PERSOLUT, khususnya berkenaan peranan persatuan dalam membantu komuniti Lundayeh di daerah Tawau.
Ujar beliau lagi, suku Lundayeh banyak membuat penempatan di kawasan pedalaman Tenom dan Sipitang. Sejak sekian lama di Tawau, suku ini juga mempunyai penempatan kecil berdekatan Taman Nordin di Jalan Kuhara dan sudah berasimilasi dengan suku lain di daerah ini melalui perkahwinan campur. Walau bagaimanapun, ciri-ciri kebudayaan asal mereka masih ditonjolkan dan sering disaksikan dalam acara kebudayaan seperti Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT).
Antara ahli jawatankuasa yang hadir dalam kunjungan tersebut adalah En. Mohd. Ali (Setiausaha), Vivien Jacky (Bendahari) dan Perlinus @ Katherine (Kebudayaan).
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 581








