- JBS Sabah
- Hits: 597
PEMIMPIN BELIA TAWAU SERTAI DALAM SESI BUAL POLISI BELIA BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

TAWAU, 18 Februari 2021 - Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau telah menyertai sesi atas talian Bual Polisi Belia oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama Pemimpin-pemimpin pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah serta Akar Umbi hari ini.
Saudara Khairul Anwar Junus, mewakili Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau sempat menyuarakan berkaitan cadangan agar kouta kekal diberikan kepada pemimpin NGO Belia dalam menduduki kerusi sebagai Ahli Majlis PBT dan ADUN Dilantik di Peringkat DUN Sabah dalam sesi atas talian bual polisi belia tersebut.
Ujarnya lagi, sememangnya benar pelantikan yang melibatkan kelompok di luar parti politik ini memerlukan 'Political Will' daripada pemimpin kerajaan, namun dengan cadangan agar kouta tersebut bersifat KEKAL dan diberikan kepada pemimpin NGO Belia, cadangan tersebut mampu dilaksanakan secara konsisten tanpa memerlukan political will dari mana-mana pemimpin politik yang menjadi kerajaan.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau atas keterlibatan serta perkongsian idea yang sangat baik.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 597






