KENINGAU, 23 Februari 2021 – Berlangsung satu penyerahan sijil dan perbincangan penubuhan Persatuan Elektronik Keningau dan Persatuan Sukan Elektronik Tambunan antara Encik Erzan Abdullah, Pegawai Unit Rakan Muda, PBSB Keningau dan Encik Rafie Robert selaku penasihat kelab-kelab sukan elektronik di Daerah Keningau.
Antara sijil-sijil pendaftaran kelab sukan yang diserahkan ialah Kelab Sukan Elektronik Xproject Keningau, Kelab Sukan Elektronik Banjaran Crocker Keningau, Kelab Sukan Elektronik Sinurambi Tambunan, Kelab Sukan Elektronik Putera Tambunan dan Kelab Sukan Elektronik Trusmadi Tambunan.
Encik Rafie Robert berkata, beliau akan berusaha membangunkan sukan elektronik khususnya di Bahagian Keningau bagi mengikuti trend terkini sukan anak muda yang lebih banyak dimainkan. Dengan tertubuhnya kelab-kelab sukan elektronik di Keningau, penubuhan persatuan sukan elektronik daerah akan lebih mudah dan dapat mencungkil lebih banyak bakat-bakat baru disamping mampu menganjurkan pertandingan bertaraf negeri dan kebangsaan.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 353






