KOTA KINABALU, 24 Februari 2021 - Sukarelawan Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu (PBIK) sudah bersedia untuk membantu melaksanakan Program Khidmat Masyarakat Pasca Bencana di Kg. Lok Kurai, Pulau Gaya pada 28 Februari 2021.
PBIK yang diwakili oleh Cik Nur Fadilah Mohamad ketika bertugas membuat penyusunan pek makanan asas di Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hari ini berkata, program tersebut merupakan anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan kerjasama Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu Dan Mycorps Alumni Sabah.
Turut membantu penyusunan pek makanan asas tersebut, Encik Andy Suhardy Sarbini, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
KOTA KINABALU, 24 Februari 2021 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bersama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah menjalankan kerja-kerja Pemantauan Pematuhan Sektor Sukan dan Rekreasi ke beberapa premis yang telah mendaftar dengan MITI hari ini.
Antara premis yang telah diperiksa adalah Kompleks Sukan Tun Adnan, Yolanda Dance Studio dan Kelab Taekwondo Courage Martial Art.
Premis-premis yang telah memulakan operasi didapati telah mematuhi SOP sebagaimana yang telah ditetapkan. Pemantauan akan terus dijalankan bagi memastikan pematuhan yang diarahkan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan bagi mengekang wabak Covid-19.
Turut bersama dalam lawatan tersebut, Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Encik Faizam Ibrahim, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dan wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir dan Puan Norhayati Tasif.
KENINGAU, 24 Februari 2021 – Para belia Bahagian Keningau semakin jelas dan faham mengenai SOP Sukan dan Rekreasi yang telah dibentang dan dikupas oleh Encik Nor Azli Mohamad Daud, Pengarah Sekretariat SOP Sukan dan Rekreasi, JBSN semasa hadir sebagai tetamu jemputan dalam dialog bertajuk ‘Darah Muda – Bebas Tapi Tidak Dilepaskan’ yang bersiaran secara langsung di laman Facebook dan Youtube Bernama TV pada hari ini.
Tidak ketinggalan juga pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau turut mengikuti sesi dialog ini bagi mengukuhkan lagi pengetahuan mengenai SOP Sukan dan Rekreasi bagi membolehkan segala persoalan akan lebih mudah dijawab kepada semua masyarakat di Bahagian Keningau Khususnya.
KENINGAU, 24 Februari 2021 – Dalam menelurusi arus pembangunan digital masa kini seiring dengan ajaran Islam serta wujudnya budaya media sosial yang kian rancak, pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau berkesempatan untuk menghadiri ceramah atas talian melalui pautan aplikasi zoom anjuran Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Bahagian Keningau yang bertajuk ‘Media Pada Perspektif Syarak’.
Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Felow Utama / Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan En. Abdul Aziz Mokhtar selaku moderator banyak memberi input-input berguna dalam meneroka dunia media sosial tanpa melebihi batas-batas larangan Agama Islam.
Puan Jovana Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau berharap agar semua pegawai dan kakitangan PBSB Keningau sentiasa mempelajari pelbagai ilmu bagi mengisi ruang dan peluang yang ada terutama dalam suasana Pandemik Covid-19 ini.
KENINGAU, 24 Februari 2021– Proses pelupusan aset Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau berjalan dengan lancar pada hari ini yang melibatkan antara pihak pejabat dan juga Majlis Daerah Keningau (MDK). Aset pejabat yang dilupuskan telah ditempatkan di pusat pembuangan sampah dan juga pusat E-Waste MDK yang dihadiri oleh En.Adzley Abdullah selaku Merinyu Bandar merangkap pegawai penyaksi bagi proses pelupusan ini.
Turut hadir En Mohammad Khaled Januil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau bersama-sama kakitangan PBSB Keningau iaitu En. Sofian Samad dan Puan Nor Huzaineh Ramli.
TAWAU, 24 Februari 2021 - Sukarelawan Rakan Muda Tawau komited membantu Hospital Tawau bagi menjayakan kempen derma darah " setitis darah selamatkan nyawa " akan diadakan pada 27 Februari 2021, hari sabtu jam 9.00pagi bertempat di Ruang Utama Pasaraya Bataras Tawau.
Saudara Alex Dennis, Pemimpin ARP Rakan Muda Tawau berkata, program kemanusiaan dan kemasyarakatan ini dijalankan adalah bagi menampung bekalan darah di hospital Tawau , beliau menyeru dan menjemput masyarakat perihatin luar sana yang layak untuk menderma Darah dialu-alukan datang pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyambut baik dan menghargai jasa bakti yang ditunjukkan, moga semuanya beroleh rahmat kebaikan.
TAWAU, 24 Februari 2021 - Menyedari hakikat norma baharu yang turut memberi kesan kepada sistem pendidikan Negara, maka sebuah inisiatif Perkongsian Bestari Bengkel Menjawab Subjek Pengajian AM STPM akan dianjurkan oleh Majlis Belia Sabah dengan kerjasama Kelab Belia GREAT & Persatuan Pemangkin Pendidikan Tawau.
Menurut Saudara Mohd Syahnidzam Ahmad, Pengerusi Kelab Belia GREAT Tawau selaku Penganjur bersama Majlis Belia Sabah dan Persatuan Pemangkin Pendidikan Tawau, Program ini bertujuan untuk membimbing para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar STPM tidak lama lagi. Menariknya, program ini akan dikendalikan oleh Cikgu Amit Awang KTE Datuk Pg Galpam, merupakan seorang Guru Cemerlang dan berpengalaman luas dalam Subjek Pengajian AM.
Peserta dikehendaki untuk memilih tarikh yang ditawarkan di dalam borang pendaftaran bagi tujuan pelaksanaan program mengikut pilihan tarikh majoriti daripada kalangan peserta.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyambut baik usaha yang dilakukan serta mengalu-alukan penyertaan adik-adik yang terlibat pengajian Am STPM bolehlah berhubung terus di talian 011-1266 8250 (Urusetia).
TAWAU, 24 Februari 2021– Sembang Kenegaraan " Trend dan Susila Remaja " kupasan padat disampaikan oleh Prof. Dr. Fariza Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM dan slot ini dikendalikan oleh Puan Rozlin Mohamed selaku Moderator, melalui aplikasi zoom dan FB Live I-Lead KBS hari ini.
Beliau menyentuh beberapa perkara antaranya Remaja Storm dan Stress ada 3 fasa yang berumur 13 - 21 tahun iaitu Remaja Awal (12 - 15 tahun), Remaja Pertengahan (16 - 18 tahun) dan Remaja Akhir (19 - 21 tahun).
Ujarnya lagi, Susila membawa maksud - kesopanan, beradab dan berbudi bahasa, akhlak dan perlakuan seseorang, Trend pulak membawa erti - Arah aliran kecondongan, cenderung haluan.
Generasi Z adalah satu generasi yang terkehadapan dan hidup dalam zaman internet merentasi masa, generasi ini adalah generasi dunia berada dihujung jari mereka, menurut tapscot (2009) , demografi penduduk boleh dibahagikan kepada 6 kelompok iaitu , Pre baby Boom ( lahir pada 1945 dan sebelumnya ), The baby Boom ( lahir antara 1946 - 1964 ), The baby Bust ( lahir antara 1965 - 1976 ) Gen X, The Echo of baby Boom ( lahir antara 1977 - 1997 ) Gen Y, Generation Net ( lahir antara 1998 hingga 2009 ) Gen Z dan Generation Alpha ( lahir pada 2010 ) iaitu Generasi A. katanya.
Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau turut bersama mengambil peluang, menimba ilmu dan mengutip intipati dalam program ini secara tidak langsung meningkatkan lagi ilmu dan pemahaman berkaitan Gen Y & Z sesuai dengan peranan bidang tugas masa kini. Sekalung penghargaan jutaan terima kasih buat Penganjur I-Lead KBS , Moderator dan Panel Professor Dr Fariza semoga kita semua beroleh berkat serta kebaikan melalui ilmu yang dikongsikan.
TAWAU, 24 Februari 2021 - Team sukarelawan PERKALAS telah berkesempatan menyantuni dan menyerahkan bakul makanan kepada sebuah keluarga Ibu tunggal dan tiga anaknya yang masih kecil hari ini.
PERKALAS difahamkan sejak kematian suami ibu tunggal ini sangat terkesan dengan perbelanjaan keperluan harian kerana kehilangan tempat bergantung sumber pendapatan, ditambah lagi beliau tidak dapat bekerja kerana menjaga anak bongsunya yang masih kecil.
PERKALAS akan berusaha membantu yang termampu bagi membekalkan makanan asas untuk mempastikan anak-anak yatim ini terbela. Doakan semoga keluarga ini Allah jaga dan dikeluarkan dari kesusahan yang mereka alami. Terutama sekali agar ibu tunggal ini kuat menjalani ujian yang melanda keluarga kecilnya. Bukan mudah menjadi anak yatim, yang merasa akan tahu betapa peritnya menjadi yatim di usia kanak-kanak dan hidup serba kekurangan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262