
SEMPORNA, 24 Februari 2021 - Alhamdulillah rasa syukur dan gembira tidak terkata Kak Norsimah dan keluarganya mendapatkan "Pondok Syurga" ini.
Apa lagi anak-anaknya, ibarat mimpi bagi mereka mendapatkan tempat tinggal yang baru secara percuma. " Terima kasih ya adik untuk kamu semua, doa kami sekeluarga untuk kamu sebab sudi bantu kami yang hidup susah". Ini ucapan terima kasih Kak Norsimah kepada kita semua yang sudi membantunya.
PERKALAS mengucapkan setinggi penghargaan jutaan terima kepada para penyumbang dermawan serta semua barisan sukarelawan kami di daerah ini kerana sanggup mengorbarkan tenaga, masa dan peralatan bagi mempastikan misi ini siap sepenuhnya.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyatakan syukur dan menyanjung tinggi serta merakamkan penghargaan syabas dan tahniah untuk semua Team PERKALAS di mana pun anda berada kerana terus istiqamah melakukan gerak kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan di bumi Sabah yang tercinta ini, Hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan jasa bakti kalian semua.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 367






