
KOTA KINABALU, 10 Februari 2021 - Satu perbincangan antara pihak Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah dengan pihak PERKESO negeri Sabah mengenai program Skim Perantisan Nasional (SPN) telah diadakan di Bilik Kulintangan, Pejabat PERKESO Negeri Sabah.
Sesi perbincangan ini adalah bagi membincangkan isu-isu dan permasalahan berkaitan pelaksanaan program Skim Perantisan Nasional (SPN) ini khususnya di negeri Sabah. Ini bagi memastikan program SPN dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Dalam sesi ini juga, pihak PERKESO telah memberi taklimat berkaitan perkhidmatan pekerjaan di bawah program PERKESO.
Hadir di dalam sesi perbincangan ini, Dr. Mohd. Ali Hindia, Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Encik Mohamad Mazlan Bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah Jab. Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah. Turut hadir Puan Salwati Bt. Abd. Karim, Timbalan Pengarah PERKESO Sabah dan beberapa orang pegawai daripada kedua-dua agensi.
Oleh:
Zainudin Atin
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 495








