
TAWAU, 23 Januari 2021 - Berikutan dengan peningkatan Kes Covid-19 di Sabah dan pembukaan COVID ASSESSMENT CENTRE (CAC), MRA Sabah menghantar Team Sukarelawan Sokongan untuk membantu kakitangan KKM yang membuat saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tawau hari ini
Setiausaha Kerja MRA Sabah Tawau, Saudara Alex Dennis berkata, Team kali ini bersama-sama KKM membantu proses pendaftaran untuk sesi saringan covid-19 selain menyalurkan Pack Makanan Tenaga menerusi Inisiatif SYVOC @majlisbeliasabah untuk Team Sukarelawan dan Petugas Kesihatan yang berkhidmat di CAC Pejabat Kesihatan Tawau.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyambut baik dan menyanjung tinggi serta penghargaan terima kasih kepada MRA Sabah (Tawau), Team Sukarelawan dan semua yang terlibat bersama-sama membantu menjayakannya.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 396







