
SEMPORNA, 12 Januari 2021 - Sukarelawan PERKALAS telah berkesempatan menyantuni masyarakat yang terpinggir sekitar semporna hari ini.
Menurut PERKALAS, Sukarelawan mengedarkan hidangan makan malam yang termampu kami. Menu malam ini ialah Nasi Kuning ikan dan mineral water. Semoga selepas ini ada rezeki Allah kirim melalui para hambanya yang terpilih.
Hari ini ramai yang berpusu-pusu memenuhi bank, pasar ikan, pasar sayur dan pasaraya untuk membuat persiapan menghadapi PKP selama 14 hari ke depan. Namun mungkin ramai yang tidak menyedari dan mengambil peduli nasib golongan terpinggir seperti anak-anak jalanan, gelandangan, pesakit mental dan fakir miskin di sekitar kita, sebaik-baik kamu adalah memberi manfaat kepada orang lain, tambahnya lagi.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau amat menghargai menyanjung tinggi serta menyambut baik usaha gerak kerja yang dilakukan ini, semoga PERKALAS beroleh rahmat dan kebaikan.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 415






