- JBS Sabah
- Hits: 284
PERKALAS SANTUNI ANAK-ANAK MEROTAI

MEROTAI, 4 Januari 2021 - Sukarelawan PERKALAS santuni anak-anak sekitar merotai Tawau hari ini.
Alhamdulillah gembiranya anak-anak ini mendapatkan beg baru, kasut baru, stokin baru dan peralatan alat tulis yang baru. Buka sekolah nanti mereka tidak perlu merasa malu kerana apa yang mereka ada sama seperti anak-anak lain yang serba baru. Sebenarnya paling gembira ibu bapa mereka, bukannya murah saat ini harga barang kelengkapan sekolah di pasaran.
Menurut PERKALAS semuanya telah disedia dan diuruskan satu persatu, dari mencuba saiz kasut satu persatu sehingga memilih warna beg kegemaran mereka. Puas rasa hati jika amanah-amanah ini ditunaikan. In sya Allah ada kelapangan sukarelawan akan terus menyantuni lebih banyak anak-anak yang kurang mampu dengan kelengkapan persekolahan.
PERKALAS mengucapkan jutaan terima kasih khasnya penyumbang utama Cuci-Cuci Mata serta sahabat-sahabat yang terus menyokong gerak kerja selama ini.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah buat PERKALAS dan Penggerak Sukarelawan serta Para Peyumbang dalam usaha bersama-sama menjayakan program ini. Semoga setiap langkah usaha dan pengorbanan ini beroleh rahmat kebaikan.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 284






