
TUARAN, 1 Januari 2021 - Majlis Angkat Sumpah Dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran 2020-2022 menyaksikan 2 orang pemimpin belia Tuaran telah dilantik pada baru-baru ini.
Encik Mohd. Ghazali Haiji, Pengerusi Kelab Belia Pekan Tuaran dan Encik Kevin Lo, Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah telah diberi penghormatan dan peranan membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membuat dasar, merancang dan memantau program pembangunan daerah Tuaran.
Majlis yang diadakan di Rasa Ria Resort Tuaran tersebut telah disempuranakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah. Turut hadir bersama, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah, YB Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Joniston Bangkuai, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, YB Jasnih bin Haji Daya, Pembantu Menteri Kewangan Ke II, Datuk Hajah Masnah Bin Matsalleh, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan Encik Mohd. Sofian Alfian Nair, Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 1263








