TAWAU, 20 Disember 2020 - Program Kelas Tuisyen Online Percuma merupakan program julung kali diadakan bertempat di FB LIVE & ONLINE GREAT Tawau.
Program ini dianjurkan bersama oleh Kelab Belia Gerakan Taman Ria Heights (GREAT), Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau dan Kelab Belia Tinagayan (KEBAT) bersama Rakan Strategik Majlis Belia Sabah dan juga Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau.
Program ini dijalankan bermula pada 21 November sehingga 27 Disember 2020 dan ianya dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Belia Negara Negeri Sabah 2020.
Fauzi Acho, Penggerak Utama GREAT berkata, 6 minggu tarikh perlaksanaan dan 5 jenis Program yang ditawarkan khusus kepada anak muda belia Tawau dalam projek ini iaitu Tahap 1 Sekolah Rendah, Tahap 2 Sekolah Rendah (UPSR), Tingkatan 1-3 (PT3), Tingkatan 4 - 5 (SPM) dan STPM.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Penghargaan Syabas dan Tahniah buat Team GREAT atas usaha yang murni ini semoga setiap langkah,tindakan usaha dan pengorbanan ini diberkati dirahmati diberikan ganjaran setimpal olehNya.
TAWAU, 20 Disember 2020 - Sebanyak 800 helai Pelitup Muka Fabrik diagihkan oleh 15 orang Sukarelawan Kelab Rakan Muda Tawau di Tamu Ahad SabindoTawau hari ini.
Saudara Alex Dennis, Pengasas Kelab Rakan Muda Tawau (Pemimpin ARPRM) merangkap Setiausaha Kerja MRA Tawau berkata, aktiviti yang dijalankan ini juga merupakan program kerjasama Rakan Strategik bersama Malaysian Relief Agency Negeri Sabah (MRA Sabah) dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) dengan Sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, sempena Sambutan Bulan Kebajikan Negeri Sabah 2020.
Semoga usaha yang murni ini mendapat rahmat kebaikan buat semua yang terlibat menjayakannya.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas tahniah dan jutaan terima kasih buat semua Team Sukarelawan Rakan Muda Tawau, MRA Tawau dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, sememangnya anda semua adalah permata Negara dan Wira Negara.
TAWAU, 20 Disember 2020 – Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau bersama agensi-agensi kerajaan yang lain telah terlibat secara langsung bersama-sama membantu mempermudahkan pergerakkan Pegawai dan Petugas Frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia Ke Lokasi Hospital Tawau dan Hospital Medan (Kompleks Sukan Tawau) setiap hari.
Team Mobilisasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tawau bersama Frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia telah bermula pada bulan November sehingga Disember 2020. Tugasan penggiliran mobilisasi kenderaan bagi pergerakkan pegawai-pegawai perubatan ini diselaras dan diselia oleh Encik Amrullah Abbas, pegawai penyelaras Majlis Perbandaran Tawau (JKBD).
Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah menyerahkan tugas dan tanggungjawab mobilisasi digalas sebaiknya kepada Encik Zayanidi Bin Abbas, Pegawai Unit Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau.
TAWAU, 19 Disember 2020 - Kunjungan Hormat GPBBT kepada YB Datuk Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah merangkap ADUN N. 68 APAS di Restoran Sri Kitingan Fajar, Tawau.
Kunjungan Silaturahim ini adalah bagi tujuan untuk mendedahkan objektif penubuhan gabungan sebagai Badan Induk Belia di peringkat Bahagian Tawau yang meliputi daerah Tawau, Kalabakan, Semporna, Kunak Dan Lahad Datu. Selain itu ianya bertujuan untuk menjemput YB Pembantu Menteri Sebagai Panel dalam acara FB Live "Suara Warga Anak Muda" yang akan keudara pada minggu hadapan.
Turut hadir bersama Saudari Asmah Kadir, Penerima Anugerah Wira Belia Covid-19 dan Saudara Andika Nazri Pemilik Pali Pali Bundle. Kedua-dua mereka adalah panel Jemputan untuk acara SuWAM nanti.
Sesi kunjungan ini diketuai oleh Naib Pengerusi iaitu saudara Muh Yuslin Bin Osman. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia musim Kedua Sesi 2017/2018. Turut hadir bersama beliau ialah Saudara Samsudin (Ketua Penerangan) dan Saudara Misbahudin Muhammad yang juga merupakan AMT GPBB Tawau.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Penghargaan Syabas dan Tahniah kepada Pimpinan GPBBT serta Saudara Khairul Anwar Junus diatas komitmen yang tinggi sebagai Moderator dalam acara FB Live SUWAM.
TUARAN, 18 Disember 2020 - Program Pengedaran Pelitup Separuh Muka Untuk Golongan B40 (Siri 4) melabuhkan tirai di Pekan Tuaran hari ini.
Program edaran pelitup separuh muka khusus kepada golongan B40 yang bermula seawal jam 7.30 pagi mensasarkan kepada peniaga-peniaga di Pasar Pekan Tuaran.
Program anjuran BSMM Daerah Tuaran dengan kolaborasi Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) merupakan aktiviti bersempena Sambutan Hari Belia Negara dan Bulan Kebajikan Tahun 2020.
Program yang sama sebelum ini telah dilaksanakan di Pekan Kiulu, Tamparuli, Tenghilan dan Telipok. Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo mengetuai program tersebut.
KALABAKAN, 18 Disember 2020 - D'Lyana Fitness Team telah menganjurkan Kelas Aerobik (Zumba) bertempat di Dewan Mini Kalabakan.
Coach Saief Moly (Moliana Mahading) selaku Instruktor kecergasan berkata, antara lain tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan kepentingan membudayakan gaya hidup sihat di kalangan komuniti khususnya wanita Kalabakan. Setiap individu perlu memberi perhatian kepada kesihatan dan senaman perlu diamalkan dalam setiap aktiviti seharian.
Kelas aerobik oleh D'Lyana Fitness diadakan pada setiap hari isnin, rabu dan sabtu pada jam 4.30 sehingga 5.30 petang. Wanita Kalabakan dan sekitarnya yang berminat menyertai kelas aerobik ini bolehlah hubungi Coach Moly ditalian 014-6295320.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau sentiasa memberi sokongan dan Kerjasama kepada Coach Moly D'Lyana Fitness Team atas usaha yang cukup membanggakan ini demi menggalakkan masyarakat massa melibatkan diri dalam gaya hidup sihat serta melahirkan lebih ramai lagi masyarakat kearah berbudaya aktif sukan dan cergas sepanjang hayat khususnya di Kalabakan dan sekitarnya.
RANAU, 17 Disember 2020 - Lawatan pemantauan kerja-kerja membaikpulih dan naik taraf Gelanggang Bola Keranjang Kg. Lohan Satu, Ranau telah diadakan bagi memastikan kerja-kerja akhir oleh kontraktor mengikut skop kerja yang telah ditetapkan.
Pihak kontraktor telah diingatkan untuk menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan walaupun terdapat kekangan PKPB yang masih dikuatkuasakan.
Hadir pada lawatan pemantauan tersebut adalah Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis. Turut hadir, Penolong Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Yum Maren Basri, Wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir dan pengurusan Delta Enterprise.
TAWAU, 17 Disember 2020 - Aktiviti lasak sudah menjadi satu hobi yang paling mendapat tempat di kalangan belia di daerah ini tidak kira lelaki mahupun wanita.
Mendaki bukit dan meredah hutan antara aktiviti yang menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini sehinggakan ramai yang berkongsi gambar kenangan di media sosial semasa melakukan aktiviti mereka. Pengarah Program Go-Green Hiking, Hermin Burairah berkata pihaknya mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti lasak untuk menggalakan lebih ramai belia terlibat dengan perkara-pekara yang menyihatkan.
Beliau yang juga pengasas grup 'Lensa Burung Antoo' berkata, sejak dari itu pihaknya banyak menganjurkan aktiviti mendaki bukit seperti di Bukit Panchang, King Kong, Akar dan banyak lagi di sekitar di Daerah Tawau. Mengulas lanjut, katanya, baru-baru ini mereka melaksanakan program hiking santai bersama belia di Bukit Galas dan sulfur air panas di Taman Bukit Tawau.
"Program itu turut mendapat perhatian dan penajaan daripada Pembantu Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan bekas wakil rakyat Sebatik Datuk Abd Muis Picho.
"Penganjuran tersebut dibuat setelah kerajaan sudah mula membenarkan aktiviti di Taman-Taman Sabah dan melonggarkan kepada masyarakat untuk beriadah di tempat-tempat terbuka,"katanya.
Tambahnya, pada mulanya program ini hanya menghadkan kepada 30 orang belia sahaja seperti yang digariskan oleh kerajaan supaya tiada perkumpulan ramai dalam satu-satu masa,"katanya.
Namun katanya, penyertaan di luar jangkaan kerana lebih 70 belia di sekitar daerah Tawau dan Kalabakan hadir pada hari tersebut untuk turut serta.
"Oleh itu, setelah mendapat nasihat daripada pihak Taman-Taman Sabah dan tidak mahu menghampakan mereka yang hadir, program itu dilakukan dalam dua kumpulan,"katanya.
Hermin berkata, matlamat program itu selain menarik minat belia ke arah gaya hidup sihat, ianya juga memberi kesedaran terhadap penjagaan alam semulajadi di Taman Bukit Tawau.
"Kami berharap belia-belia dan pengemar fotografi di daerah ini dapat bersama-sama menjayakan setiap program yang bakal dijalankan.
"Semoga dengan adanya program-program seperti ini dapat membentuk belia yang sihat dan tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak baik seperti penyalahgunaan dadah,"katanya.
" TAWAU KEARAH MASYARAKAT GAYA HIDUP SIHAT, CERGAS DAN BERSATU "
BEAUFORT, 17 Disember 2020 – Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort telah menganjurkan Program Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Belia Negara, Peringkat Bahagian Beaufort Bertempat di Kg. Paung, Membakut.
Program ini melibatkan peserta seramai 20 orang belia dari Persatuan Belia dan Beliawanis Kg. Paung, Membakut dan Kelab Belia Transformasi Kg. Melati, Beaufort.
Antara objektif sambutan ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan para belia di dalam agenda pembangunan negeri. Belia adalah satu kumpulan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara dan negeri. Selain itu, aktiviti ini dapat menerapkan unsur-unsur gaya hidup sihat dan menyemaikan sikap positif dalam masyarakat.
Turut hadir Setiusaha Gabungan Persatuan Belia bahagian Pedalaman Bawah, Encik Hairul Awang Marhamin
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262