- JBS Sabah
- Hits: 404
GREAT TAWAU MENDAKI SAMBIL BERBAKTI

TAWAU, 13 Disember 2020 - Gerakan Anak Muda Tawau (GREAT) telah melaksanakan program Hari Sukan Sihat Cergas Great pada setiap hujung minggu bertempat di Bukit Panchang Tawau.
Program dianjurkan oleh Gerakan Anak Muda Tawau (GREAT) dengan sokongan dan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Saudara Mohd Fauzi Bin Acho, selaku Penggerak Utama GREAT, berkata antara lain tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli dan meningkatkan kecergasan diri serta menjaga kelestarian alam semula jadi.
Program ini turut diisi dengan membuat inisiatif meletakkan penanda arah untuk laluan ke puncak Bukit Panchang bagi memudahkan kepada orang ramai untuk mengikuti laluan yang betul. Selain itu juga, GREAT turut meneruskan aktiviti amal dengan mengutip sampah di kawasan sekitar Bukit Panchang bagi menjamin kebersihan kawasan sekitar dan mendidik masyarakat bahawa pentingnya menjaga kebersihan.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagain Tawau merakamkan syabas dan tahniah jutaan terima kasih kepada Team GREAT Tawau atas usaha yang cukup baik dalam ertikata " Mendaki Sambil Berbakti ".
Adalah diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang, “Jadilah yang paling bermanfaat walau di mana sekali pun kita berada.”
"GREAT BERAMAL DAN BERBAKTI "
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 404




.jpg)
.jpg)