- JBS Sabah
- Hits: 380
SETITIK DARAH, MAMPU SELAMATKAN NYAWA - BSMM DAERAH TUARAN RAYU MASYARAKAT SOKONG PROGRAM DERMA DARAH

TUARAN, 15 November 2020 - Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tuaran, Pejabat KBSS Bahagian Pantai Barat Selatan, Majlis Belia Sabah dan Yu Huang Temple Tuaran telah menganjurkan Program Menderma Darah bertempat di Bangunan BSMM Daerah Tuaran hari ini.
Menurut kenyataan Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo, seramai 32 orang telah mendaftar sebagai penderma tetapi hanya 24 orang penderma sahaja berjaya menderma darah dengan kutipan sebanyak 24 pints meliputi darah jenis O, A, B dan AB.
Kevin juga menyeru kepada masyarakat setempat menyokong program derma darah yang telah dirancang BSMM sepanjang minggu bulan November 2020 untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 380




