
TENGHILAN, 17 Disember 2020 - Program Pengedaran Pelitup Separuh Muka Untuk Golongan B40 Siri Ke-3 berlangsung di Pekan Tenghilan dan Telipok hari ini.
Program yang diketuai oleh Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran, Encik Kevin Lo bersama dengan jawatankuasa memulakan edaran seawal jam 7.30 pagi kepada masyarakat setempat yang hadir di Pekan Tenghilan dan seterusnya meneruskan sesi edaran kepada masyarakat di Pekan Telipok.
Sebanyak 310 keping pelitup separuh muka diedarkan di Tenghilan dan 510 keping di Telipok. Program yang dilaksanakan sempena memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara dan Bulan Kebajikan 2020 merupakan kolaborasi bersama BSMM Daerah Tuaran dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS).
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 298


