TAWAU, 24 Disember 2020 - MRA Tawau membantu melakukan proses sanitasi dan pembersihan nyah cemar kuman sempena Sambutan Hari Natal di dalam Dewan Gereja Imanuel Malaysia Tawau hari ini.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Tawau dan juga Pemimpin ARPRM berkata, kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusian ini melangkau batas agama dan pelbagai kaum, justeru khidmat komuniti ini dilakukan demi memastikan tempat tersebut dalam keadaan selesa bagi membolehkan upacara ibadah Natal dijalankan dengan baik dan sempurna.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Penghargaan Syabas dan Tahniah kepada Team MRA Tawau, Kelab Rakan Muda Tawau dan semua yang terlibat menjayakannya.
RANAU, 22 Disember 2020 - Lawatan pemantauan bagi memeriksa kerja-kerja membaikpulih dan naik taraf Gelanggang Bola Keranjang Kg. Lohan Satu, Ranau telah diadakan hari ini.
Lawatan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir untuk mempastikan kerja-kerja kontraktor dilaksanakan mengikut skop-skop kerja yang ditetapkan oleh pihak Jabatan.
Berdasarkan pemantauan minggu ke 23, hampir kesemua kerja-kerja pembinaan telah disiapkan.
TAWAU, 22 Disember 2020 - Kelab Kecergasan Tanjung Batu Tawau telah menganjurkan Kelas Cergas Zumba bertempat di Dewan OT Tanjung Batu.
Program yang dianjurkan oleh Kelab Kecergasan Tanjung Batu Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Coach Ayu dan Azlan selaku Instruktor kecergasan berkata, setiap individu perlu memberi perhatian kesihatan dan senaman perlu diamalkan setiap aktiviti seharian selain untuk memberi kesedaran dalam memupuk budaya gaya hidup sihat di kalangan komuniti khususnya Wanita Tanjung Batu dan sekitarnya.
Kelab Kecergasan Tanjung Batu telah mengambil inisiatif sihat untuk mengadakan kelas cergas zumba yang diadaka pada setiap hari Isnin,Rabu, Jumaat dan Sabtu, jam 8.00 sehingga 9.00 malam. Wanita Tanjung Batu dan sekitarnya yang berminat menyertai kelas cergas zumba ini bolehlah hubungi Coach Ayu : 017-8397746 dan Coach Azlan : 011-59018090.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada Kelab Kecergasan Tanjung Batu Tawau atas usaha yang cukup membanggakan ini demi menggalakkan masyarakat massa melibatkan diri dalam gaya hidup sihat serta melahirkan lebih ramai lagi masyarakat kearah berbudaya aktif sukan dan cergas.
TAWAU, 21 Disember 2020 - MRA Tawau agih bantuan bakul makanan kepada 60 keluarga dari golongan Ibu Tunggal dan B40 di Kampung Sentosa Hill Top Tawau.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Tawau dan juga Pemimpin ARPRM berkata, bantuan agihan ini adalah untuk meringankan beban mereka menjelang sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.
Program yang dianjurkan oleh MRA Tawau, bersama Rakan Strategik Kelab Rakan Muda Tawau. Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Penghargaan Syabas dan Tahniah kepada Team MRA Tawau, Kelab Rakan Muda Tawau dan semua yang terlibat menjayakannya.
TAWAU, 21 Disember 2020 - Gamers E-Sports Club Tawau menyambut baik pembukaan sektor sukan dan rekreasi seluruh Negara khususnya diNegeri Sabah melalui kaedah sports bubble.
Usaha yang dilaksanakan oleh KBS dalam memastikan sektor sukan kembali beroperasi dengan norma baharu mendapat sokongan dan reaksi positif.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau sentiasa Bersama memberi sokongan kepada Presiden Gamers E-Sports Club Tawau. Semoga program aktiviti sukan dan rekreasi di Bahagian Tawau akan terus maju dan membangun serta bergerak aktif tahun 2021.
TAWAU, 21 Disember 2020 - Saksikan secara langsung tiga orang panel dalam membicarakan tajuk Sabah 2021: Harapan & Cabaran melalui FB live Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau.
Program yang bakal berlangsung pada 25 Disember 2020 (Jumaat) jam: 8.00 malam, bersiaran secara langsung LIVE FB di Facebook Rasmi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau. Program yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Saudara Khairul Anwar Junus, Selaku Moderator dan Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau berkata, antara Panel yang akan bersama dalam slot tersebut adalah Saudari Asmah Kadir - Penerima Anugerah Wira Belia Covid 19, Saudara Andika Nazri - Usahawan Muda Pemilik Pali-Pali Bundle dan Panel Jemputan Khas iaitu YB Datuk Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan - Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Sekalung Penghargaan Syabas dan Tahniah buat semua Pimpinan GPBBT atas Penganjuran program yang cukup baik memberikan impak positif buat warga Belia Negeri Sabah dan Bahagian Tawau khususnya.
TUARAN, 20 Disember 2020 - Kelab Belia Pekan Berungis, Tuaran bersama-sama Kelab Belia Kg. Tagas, King Kong Production Crew dan Escape Band telah mengadakan 'Live Busking' di Pusat Kuarantin INTAN hari ini.
Jurucakap program merangkap Pengerusi Kelab Belia Pekan Berungis, Encik Amoster Alex Inter dalam satu kenyataan ringkas berkata program tersebut diadakan untuk menghiburkan petugas barisan hadapan (Frontliner) dan juga rakan-rakan yang masih menjalani rawatan di Pusat Rawatan berkenaan semasa bulan Krismas ini dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.
"Kami berharap melalui live busking ini mampu memberi sokongan moral kepada frontliner kerana mereka berdepan dengan keletihan, kurang waktu rehat dan bekerja dengan penuh risiko. Begitu juga dengan rakan-rakan yang masih menjalani rawatan, semoga terus diberikan kekuatan dalam proses penyembuhan" jelas beliau.
TUARAN, 20 Disember 2020 - Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tuaran, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Pejabat KBSS Bahagian Pantai Barat Selatan, Majlis Belia Sabah dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) telah menganjurkan Program Menderma Darah (Siri 2) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020 bertempat di Bangunan BSMM Daerah Tuaran hari ini.
Menurut kenyataan Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo, dengan berakhirnya Program Derma Darah Siri 2 tersebut, maka berakhirlah aktiviti menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini. "Kami telah melaksanakan 2 siri aktiviti menderma darah dan 4 siri aktiviti pengedaran pelitup separuh muka khusus untuk golongan B40 di Pekan Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Telipok dan Tuaran bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada tahun hadapan." jelas beliau. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat kerana memberikan kepercayaan kepada BSMM Daerah Tuaran untuk menganjurkan program kali ini.
Terdahulu, seramai 18 orang telah mendaftar sebagai penderma pada kempen derma darah siri 2 tetapi hanya 13 orang penderma sahaja berjaya menderma darah dengan kutipan sebanyak 13 pints meliputi darah jenis O, A, B dan AB.
Wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir turut hadir didalam program tersebut.
TAWAU, 20 Disember 2020 - Mesyuarat Tahunan Kelab Belia GREAT Tawau telah diadakan hari ini melalui platform Google Meet.
Fauzi Acho, Pengerusi GREAT berkata, mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa perkara antaranya pembentangan Laporan Aktiviti, Laporan Kewangan dan percambahan idea cadangan program aktiviti akan datang serta penambah baikan program aktiviti yang telah dijalankan. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 50 org Ahli-Ahli GREAT melalui kaedah Google Meet dikediaman masing-masing.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas tahniah dan jutaan terima kasih kepada Pengerusi serta Pimpinan AJK serta Ahli-Ahli GREAT yang telah berjaya mengadakan mesyuarat tahunan kali ini. Alhamdulillah.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262