TAWAU, 7 Januari 2021- Program Sanitasi Awam MRA Sabah (Tawau) dan Teepol Malaysia ini merupakan salah satu aktiviti dalam Ops Covid-19 MRA Sabah (Fasa Pemulihan) di Pulau Sebatik Tawau telah diadakan hari ini
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) dan juga Pemimpin ARP Rakan Muda Tawau berkata, Program ini juga bertujuan bagi membantu masyarakat untuk proses nyah kuman dan virus di tempat-tempat awam seperti sekolah, rumah ibadat, premis perniagaan dan lain lagi.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan Syabas dan Tahniah Jutaan Terima Kasih buat MRA Sabah Tawau dan Team Sukarelawan serta Teepol Malaysia yang terlibat menjayakan program ini.
KOTA KINABALU, 6 Januari 2021 - Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi Ranau, Encik Mohd. Fadzwan Ali telah membuat Kunjungan Hormat kepada YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri III, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, merangkap ADUN N.36 Kundasang di Pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sabah, Kota Kinabalu hari ini.
"Selaku Pengerusi Kelab Belia Kampung Meridi saya telah membentangkan dan menjelaskan visi, misi dan objektif serta hala tuju kelab kepada YB Datuk. Selain itu, saya sempat berkongsi beberapa langkah inisaitif yang diambil oleh kelab dalam memperkasakan belia luar bandar khususnya di Kg. Meridi, Ranau terutamanya program/aktiviti teras kelab untuk tahun 2021, kemudahan infrastruktur sukan dan permainan yang popular di kalangan belia-beliawanis Kg. Meridi (Bola Tampar) dan cadangan pembangunan produk pelancongan luar bandar melalui Eko Pelancongan Kg. Meridi, Ranau". Jelas Fadzwan.
Ketika menghubungi Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Fadzwan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Dr. Joachim Gunsalam atas sambutan dan layanan sepanjang perjumpaan tersebut.
"Harapan saya, semoga belia-beliawanis di daerah Ranau khususnya di kawasan pedalaman akan terus maju dan berdaya saing". Fadzwan mengakhiri perbualan.
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat senantiasa menyokong usaha dan inisiatif kelab-kelab/ persatuan-persatuan belia dan sukan di Bahagian Pantai Barat dalam merencana apa jua program dan aktiviti.
TAWAU, 5 Januari 2021 - Setiap bulan sukarelawan PERKALAS akan menziarahi golongan Asnaf berkongsi rezeki berupa pek bantuan barang dapur sekitar Tawau hari ini.
PERKALAS berkata, sebaik-baik diantara kamu adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang serta semua pihak yang terlibat membantu usaha murni ini.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah buat Team PERKALAS serta semua Penggerak Sukarelawan, semoga pengorbanan dan gerak kerja yang telah lama dilakukan ini diberikan ganjaran yang setimpal olehNya.
TAWAU, 5 Januari 2021- PERKALAS menyelami denyut nadi dan perasaan adik-adik ini saat mereka memeluk erat beg dan peralatan sekolah baru yang disampaikan oleh para sukarelawan PERKALAS hari ini.
PERKALAS sangat cakna akan hal ini dengan mengadakan program bantuan pemberian peralatan dan seragam sekolah setiap tahun kepada anak-anak yang berasal dari keluarga yang kurang mampu. Semoga satu saat kejayaan anak-anak ini menjadi asbab keluarga mereka boleh keluar dari ruang lingkup kemiskinan. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan misi petang ini. Semoga Allah terus memberikan kebaikan untuk kalian semua. Katanya.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah buat Team PERKALAS, semoga jasa bakti yang dihulurkan ini beroleh ganjaran kebaikan.
TAMBUNAN, 5 Januari 2021 - Atlit-atlit Kelab Olahraga TA, Tuaran yang sedang menjalani Latihan Altitud Tinggi Tuaran Athletics/ Pelapis PLN MSN Tuaran memasuki hari ke-3 berpeluang menguji daya kecergasan apabila menggunakan peralatan Gym Cross Fit milik Fitnessfit Training Centre Tambunan hari ini.
Latihan Altitud Tinggi Tuaran Athletics tersebut bermula sejak 3 Januari lalu dan akan berakhir pada 6 Januari 2021. Seramai 15 atlit dan 2 jurulatih TA terlibat dalam program latihan tersebut yang diketuai oleh Presiden merangkap Ketua Jurulatih TA, Victor Suan Orow.
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab Olahraga TA, Tuaran.
RANAU, 5 Januari 2021 - Permainan bola tampar semakin popular di kalangan belia-beliawanis Kg. Meridi, Ranau.
Kelab Belia Kg. Meridi melalui Pengerusinya, Encik Mohd Fadzwan Ali telah mengambil inisiatif untuk menyediakan jersi Bola Tampar bagi menyemarakan lagi semangat belia-beliawanis Meridi untuk terus aktif bersukan melalui sukan bola tampar.
"Harapan saya, semoga belia-beliawanis Kg. Meridi terus maju dalam aktiviti sukan bola tampar, seterusnya mampu bersaing dengan pasukan yang hebat diluar sana". Jelas Fadzwan.
Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab Belia Kg. Meridi atas usaha dan inisiatif tersebut.
SIPITANG, 7 Januari 2020 - Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Belia (P) Negeri Sabah, Encik Apui Jan telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi untuk cadangan tapak pelaksanaan program pada tahun ini, di kawasan pedalaman dalam Daerah Sipitang pada 5 hingga 7 Januari 2021.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti lokasi sesuai di kawasan pedalaman bagi melaksanakan program-program Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah sama ada program-program kesukarelawanan, sukan dan program-program belia bagi tahun 2021. Ini bagi memastikan supaya belia-belia pedalaman tidak terpinggir dan dapat merapatkan jurang belia bandar dan luar bandar dalam setiap program-program jabatan pada masa akan datang.
Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Meligan, dan Kampung Long Pasia. Walau bagaimana pun, lawatan ke Kampung Long Pasia tidak dapat diteruskan kerana keadaan jalan yang tidak dapat dilalui akibat hujan lebat.
Pengarah JBSN Sabah turut menyerahkan sumbangan net dan bola tampar kepada belia di Kampung Meligan yang diwakili oleh Encik Jhonsey Kuah. Turut hadir Bersama Encik Yehezkiel Bin Sarudin, yang mewakili Wakil Ketua Anak Negeri, Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Rakan Muda yang juga menanggung kerja tugas Penolong Pengarah Sukan JBSN Sabah.
TAWAU, 5 Januari 2021 -Sahabat Sukarelawan MRA Sabah (Tawau) merentasi Teluk Cowie untuk sampai di Kg Wallace Bay Pulau Sebatik Tawau bagi menyantuni dan mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada 47 Ketua Isi Rumah (KIR) telah diagihkan hari ini.
Program ini dikendalikan oleh MRA Sabah (Tawau) dan Kelab Rakan Muda Tawau serta sokongan Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau serta penyumbang utama Yayasan UEM.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) juga Penggerak Utama Kelab Rakan Muda Tawau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu usaha murni ini.
Hadir sama dalam penyampaian agihan bakul makanan ini Tuan Hj Herman Kuraga, Guru Besar SK Wallace Bay Tawau, katanya.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Syabas dan Tahniah buat semua Sahabat Sukarelawan MRA Sabah (Tawau).
MEROTAI, 4 Januari 2021 - Sukarelawan PERKALAS santuni anak-anak sekitar merotai Tawau hari ini.
Alhamdulillah gembiranya anak-anak ini mendapatkan beg baru, kasut baru, stokin baru dan peralatan alat tulis yang baru. Buka sekolah nanti mereka tidak perlu merasa malu kerana apa yang mereka ada sama seperti anak-anak lain yang serba baru. Sebenarnya paling gembira ibu bapa mereka, bukannya murah saat ini harga barang kelengkapan sekolah di pasaran.
Menurut PERKALAS semuanya telah disedia dan diuruskan satu persatu, dari mencuba saiz kasut satu persatu sehingga memilih warna beg kegemaran mereka. Puas rasa hati jika amanah-amanah ini ditunaikan. In sya Allah ada kelapangan sukarelawan akan terus menyantuni lebih banyak anak-anak yang kurang mampu dengan kelengkapan persekolahan.
PERKALAS mengucapkan jutaan terima kasih khasnya penyumbang utama Cuci-Cuci Mata serta sahabat-sahabat yang terus menyokong gerak kerja selama ini.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah buat PERKALAS dan Penggerak Sukarelawan serta Para Peyumbang dalam usaha bersama-sama menjayakan program ini. Semoga setiap langkah usaha dan pengorbanan ini beroleh rahmat kebaikan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262