
TAWAU, 18 Januari 2021 - Telah selesai pengajaran dan pembelajaran Kelas Online Percuma bagi Subjek SEJARAH STPM melalui kaedah aplikasi Google Meet hari ini.
Program yang dianjurkan oleh Kelab Belia GREAT Tawau dengan kerjasama dan sokongan jitu dari Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Cikgu Mohd Syahnidzam Bin Ahmad, selaku Tenaga Pengajar dan juga Pengerusi Kelab Belia GREAT Tawau berkata, seramai 10org pelajar telah hadir pada sesi ulangkaji malam ini , sebelum mereka menduduki Peperiksaan Semester 1 yang dijadualkan diadakan pada bulan hadapan. Pelajar yang terlibat ini bukan sahaja terdiri daripada Daerah Tawau malah turut disertai daripada Daerah Kunak dan Lahad Datu. Katanya.
Pengerusi GREAT Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta sahabat-sahabat Jawatankuasa GREAT yang bersama-sama menjayakan Kelas Online kali ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah , jutaan terima kasih kepada Pimpinan GREAT Tawau atas kejayaan penganjuran program ini.
Oleh :
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau.
- JBS Sabah
- Hits: 442






