
TAWAU, 25 Januari 2021 - Sukarelawan PERKALAS telah berkesempatan menyantuni serta berkongsi rezeki mengagihkan makanan, minuman dan Face Mask kepada golongan terpinggir sekitar Tawau hari ini. Mereka terdiri daripada golongan gelandangan, pala'u, pesakit mental dan para hamba Allah yang menjadikan tong sampah sebagai sumber rezeki dengan mengumpul kotak, botol buangan dan tin minuman untuk dijual kepada peraih kitar semula.
PERKALAS berkata, malam ini kebetulan berjumpa seorang anak muda yang turut mengais-gais di tong sampah bagi mengumpul tin minuman terbuang. Menurut anak muda ini dia berasal dari Kota Kinabalu dan telah beberapa bulan hidup bergelandangan di bandar ini. Tujuannya datang ke Tawau ialah mencari ibubapanya. Namun khabar yang diterima orang tuanya telah menyeberang di perbatasan negara jiran.
Untuk menyewa bilik sewa dia tak mampu ,oleh itu dia tidur di mana-mana ruang kaki lima kedai. Manakalah untuk membiayai kehidupannya terutama soal makan dia berusaha mengumpul barang buangan yang boleh dijual sebagai barang kitar semula. Menurutnya dia puas mencari kerja namun tiada yang mahu menerimanya.
PERKALAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Team Sukarelawan dan Al Fayyad Farm- (010-9401000) telah sudi menyumbang daging lembu segar serta para hamba Allah yang turut bersama membantu program malam ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua. Katanya lagi.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau mendoakan agar PERKALAS terus istiqamah melakukan kerja-kerja Kemanusiaan dan Kemasyarakatan serta mendampingi dan menyantuni golongan masyarakat yang terpinggir di Negeri ini.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 462





