PETAGAS, 15 Januari 2021 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah menyerahkan sumbangan berupa pakaian dan makanan kepada mangsa kebakaran di Kg. Muhibbah hari ini.
Sumbangan yang diperolehi hasil inisiatif belia-belia di bahagian Pantai Barat telah diserahkan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat kepada keluarga mangsa, Puan Salina Binti Rahman.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat menzahirkan rasa simpati dan berdoa semoga keluarga mangsa tabah dengan musibah yang berlaku.
TAMPARULI, 15 Januari 2021 - Skuad Muay Thai Team Karabaw Tamparuli bakal menjalani latihan intensif sebaik sahaja arahan PKP berakhir kata Pengerusi merangkap Ketua Jurulatih Team Karabaw Tamparuli, Encik Vallerio Gumbilai hari ini kepada wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Latihan intensif tersebut merupakan persediaan bagi atlit Muay Thai Sabah bagi menghadapi SUKMA Johor yang berlangsung akan datang. Bagi tujuan tersebut, Vallerio turut dibantu oleh pembantu jurulatih yang terdiri daripada, Kenny Jafili, Jason Chalton Gaban dan Dylon Dryden Gumbilai.
Sementara itu, Vallerio turut memaklumkan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat bahawa Team Karabaw Tamparuli merupakan antara kelab luar bandar pertama di Sabah yang telah melahirkan pelatih Sukan Muay Thai yang telah melakar nama di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa.
"Walaupun Sukan Muay ini boleh dikatakan baru bertapak di Sabah tetapi bakat yang ditunjukkan dan pencapaian oleh pelatih-pelatih Sukan Muay menunjukkan masa depan yang cerah buat Sukan Muay di negeri Sabah ini."
"Objektif utama bagi Team Karabaw Tamparuli untuk melahirkan belia dan pemuda yang cekal, sentiasa bergerak ke hadapan dan mempunyai daya saing sihat yang tinggi. Sukan Muay merupakan sukan yang mampu membina kendiri yang tinggi disamping melatih fungsi tubuh yang sihat. Team Karabaw Tamparuli akan terus berusaha untuk melahirkan Nak Muay yang akan mengharumkan nama daerah Tuaran dan negeri Sabah". Jelas beliau.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat percaya dengan program-program yang telah diolah melalui kerjasama Persatuan Muay Thai Negeri Sabah beserta sokongan penuh daripada MSN dan KBS akan memastikan pengeluaran atlit Sukan Muay di daerah Tuaran akan dapat diteruskan sekaligus melahirkan skuad pelapis negeri Sabah.
TAWAU, 15 Januari 2021 - Sukarelawan PERKALAS berkesempatan mengagihkan sarapan pagi kepada golongan yang hidup dalam kekurangan dan merupakan amanah program sedekah jumaat daripada Puan Ct Naida dan rakan-rakan telah disampaikan hari ini.
PERKALAS berkata, program sebegini menjadi salah satu wadah untuk kita lebih dekat dan peduli kepada nasib masyarakat sekeliling yang hidup terkesan akibat pandemik covid 19.
Terus berusaha jadikan bumi Tawau bumi yang terkenal dengan sifat penyayang, empati, saling membantu agar hidup kita lebih diberkati dan boleh menjadi ikutan kepada orang lain. Kesannya semakin ramai akan merasai nikmat saling berkongsi rezeki. Katanya lagi.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyanjung tinggi dan menghargai jasa bakti PERKALAS selama ini.
TAWAU, 15 Januari 2021 - Seawal jam 5.50 pagi para sukarelawan PERKALAS telah memulakan agihan sarapan pagi dengan mengikuti SOP yang diberikan. Sasarannya ialah para petugas sekatan jalan raya (SJR) untuk PKP kali ini. Selain itu edaran sarapan pagi juga turut diedarkan kepada para petugas di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Tawau hari ini.
PERKALAS berkata, pogram ini sebagai salah satu bentuk penghargaan, sokongan moral dan ucapan terima kasih terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan. Bersama kita teruskan program sedekah Jumaat dengan sarapan pagi setiap minggu. PERKALAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan semua yang terlibat menjayakan program ini.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan syabas dan tahniah serta menyanjung tinggi usaha murni yang dilakukan ini, semoga beroleh rahmat dan kebaikan.
TAWAU, 15 Januari 2021-Kelab GREAT Tawau akan menganjurkan program Kelas Online Asas Photoshop secara PERCUMA melalui aplikasi Google Meet pada 17 Januari 2021, jam 11 pagi Ahad ini.
Program dianjurkan oleh Kelab Belia GREAT Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau. Saudara Mohmmad Fauzi Bin Acho , Penggerak Utama Kelab Belia GREAT Tawau berkata, sesi ini akan dikendalikan oleh Saudara Fauzan Mirza, Ketua Exco Media dan Informasi GREAT.
Katanya lagi, Idea ini terhasil kerana menyedari keperluan kemahiran mengubahsuai dan mencipta poster bagi tujuan pemasaran mahupun sebarang bentuk hebahan. Justeru itu kemahiran sebegini perlulah dicungkil dan diasah dengan sebaiknya.
Tambahan pula ramai individu pada hari ini mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan dan persatuan. Ilmu sebegini amat dituntut dan diperlukan untuk mempromosikan sebarang produk dan program. Maklumat lanjut sila hubungi Saudara Nidzam ditalian 019-8111867.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Syabas dan Tahniah, semoga program yang dirancang ini berjalan dengan baik lancar sempurna.
TAWAU, 14 Januari 2021 - GREAT Tawau mengimarahkan malam jumaat dengan membaca surah Al Kahfi, bacaan surah dipimpin oleh qari jemputan iaitu Saudara Mohamad Fikri Bin Mohd Yusoff melalui aplikasi Googlemeet hari ini.
Majlis dianjurkan oleh Exco Kerohanian dan Moral GREAT dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau.
Gerakan Anak Muda Tawau - GREAT mengucapkan jutaan terima kasih kepada Qari jemputan serta semua yang hadir. Semoga majlis ilmu ini dapat kita manfaatkan bersama semasa PKP 2.0, untuk kita lebih banyak membaca kalam Allah serta dilimpahkan rahmat maghfirah dan kasih sayang Allah.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan serta menyanjung tinggi gerak kerja dan usaha murni GREAT lakukan ini.
TAWAU, 13 Januari 2021 - Mesyuarat menyiapkan baki kerja bagi pembinaan kolam renang di Kompleks Sukan Tawau telah diadakan hari ini melalui platform GOOGLE MEET.
Encik Norris Leonarous, Jurutera awam kanan PPK2 JKR Malaysia selaku Pengerusi mesyuarat berkata, tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menerima maklum laporan progress pembinaan semasa selain membincangkan beberapa perkara antaranya kerja-kerja semasa tempoh PKP yang bermula hari ini sehingga 26 Januari 2021 nanti.
Turut hadir wakil dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Yummaren Bin Basri serta Encik Sylvero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, seramai 25 org wakil/ketua Agensi berkaitan dan Minat Harapan Enterprise Sdn.Bhd, pihak kontraktor yang bertanggungjawab melalui kaedah Google Meet di premis pejabat masing-masing, katanya.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau mengharapkan kerja-kerja pembinaan ini berjalan dengan baik lancar sempurna. InshaAllah.
TAMPARULI, 12 Januari 2021, atlit-atlit Muay Thai Team Karabaw Tamparuli menjalani latihan stamina sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan pada 13 Januari 2021.
Menurut jurulatih Team Karabaw Tamparuli, Coach Kenny berkata setiap peninju Muay Thai dibekalkan dengan disiplin dan latihan yang ketat bagi mempastikan mereka dapat mengekalkan stamina ketika menghadapi lawan.
"Kami juga perlu menjaga pemakanan bagi mengekalkan kesihatan terutama menjelang perlawanan". Jelas beliau.
Atlit-atlit Team Karabaw Tamparuli akan berehat menjalani latihan sehingga keadaan pandemik covid19 diisytiharkan pulih.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mendoakan Team Karabaw Tamparuli terus berlatih dan melahirkan atlit-atlit Muay Thai terbaik Negeri Sabah.
TAWAU, 12 Januari 2021 - Sukarelawan PERKALAS dan guru pelajar ini telah bergegas ke kediaman dua beradik pelajar sekolah rendah yang hidup dalam kekurangan bagi menghulurkan sedikit bantuan barangan asas dan kasut sekolah hari ini.
PERKALAS terharu melihat kesungguhan guru pelajar ini turun bersama sambil membantu. Di fahamkan sumbangan daripada rakan-rakan guru yang lain akan menyusul kemudian. Begitu juga dengan dua orang murid tahun enam dan prasekolah ini. Walaupun mereka tinggal di pondok yang bumbungnya jika hujan dimasuki air, namun mereka tetap menjaga kebersihan. Cukup indah di persekitaran rumah mereka. Pasir putih di halaman rumah dan keindahan laut biru di tepi rumah mereka pasti membuat kesusahan yang mereka alami sedikit dilupakan.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau mengucapkan syabas dan tahniah serta menghargai menyanjung tinggi usaha murni yang dilakukan ini, semoga PERKALAS dan Team Sukarelawan beroleh rahmat kebaikan dan diberikan ganjaran setimpal olehNya.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262