TAWAU, 28 Disember 2020 - Sahabat Sukarelawan MRA Sabah (Tawau) sedang menjalankan pengumpulan data golongan Asnaf dan B40 hari ini.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) dan juga selaku Pemimpin ARP Rakan Muda berkata, proses pengumpulan data ini bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah menepati golongan sasar yang amat memerlukan khususnya dari kalangan Asnaf dan B40. Aktivti ini turut disertai dan dibantu oleh pelajar-pelajar Perancangan Bandar Studio 300 dari Universiti Sains Malaysia yang merupakan rakan kerjasama bagi projek Social Community Service (SCS) Covid-19.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Penghargaan Syabas dan Tahniah kepada Sahabat Sukarelawan MRA Sabah (Tawau), Universiti Sains Malaysia dan Kelab Rakan Muda Tawau yang terlibat menjayakannya.
TAWAU, 28 Disember 2020 - Program pengagihan 40 bakul makanan kepada 40 buah keluarga golongan Asnaf dan B40 yang terjejas akibat pandemik covid19 di Kg Tanjung Batu Laut, Kg Pasir Putih dan Jalan Tengku Osman, Tawau telah disampaikan hari ini.
Program ini dikendalikan oleh MRA Sabah (Tawau) bersama Rakan Strategik Kelab Rakan Muda Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta Yayasan UEM selaku penyumbang utama atas keperihatinan dengan nasib keluarga yang terjejas lagi memerlukan.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) juga Pemimpin ARP Rakan Muda, Kelab Rakan Muda Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan UEM serta semua pihak yang terlibat membantu usaha murni ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Syabas dan Tahniah buat MRA Sabah (Tawau) dan Kelab Rakan Muda Tawau serta semua Penggerak Sukarelawan Negeri Sabah khasnya Bahagian Tawau. Semoga pengorbanan dan usaha yang dilakukan ini beroleh rahmat serta kebaikan.
TAWAU, 27 Disember 2020 - Program pengagihan 30 bakul makanan kepada 30 buah keluarga golongan Asnaf dan B40 yang terjejas akibat pandemik covid19 di Kg Pukat Tanjung Batu Laut, Tawau telah disampaikan hari ini.
Program ini dikendalikan oleh MRA Sabah (Tawau) bersama Rakan Strategik Kelab Rakan Muda Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta Yayasan UEM selaku penyumbang utama atas keperihatinan dengan nasib keluarga yang terjejas lagi memerlukan.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) juga Pemimpin ARP Rakan Muda, Kelab Rakan Muda Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan UEM serta semua pihak yang terlibat membantu usaha murni ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Syabas dan Tahniah buat semua Penggerak Sukarelawan Negeri Sabah khasnya Bahagian Tawau. Semoga usaha yang dilakukan ini beroleh rahmat serta kebaikan.
TAWAU, 27 Disember 2020 - Majlis penyampaian 200 pack sumbangan berbentuk barangan makanan daripada Yayasan UEM untuk disalurkan kepada golongan Asnaf & B40 yang telah dikenal pasti hari ini.
Program dikendalikan oleh MRA Sabah (Tawau) bersama Rakan Strategik Kelab Rakan Muda Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta Penyumbang Utama Yayasan UEM.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) juga Pemimpin ARP Rakan Muda, Kelab Rakan Muda Tawau mengucapkan jutaan terima kasih kepada peyumbang serta pihak yang terlibat membantu usaha murni ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Syabas dan Tahniah buat MRA Sabah (Tawau), Kelab Rakan Muda Tawau serta semua Penggerak Sukarelawan Negeri Sabah khasnya Bahagian Tawau, anda semua adalah permata Negara dan Wira Negara.
TAWAU, 27 Disember 2020 - Persatuan Mahasiswa Sabah Universiti Malaya (PERMASA UM) telah selesai menganjurkan Forum "Kebolehsuaian Mahasiswa dikala Pandemik " bersiaran secara langsung LIVE FB di Facebook Rasmi PERMASA UM hari ini.
Saudara Muhd Nazmi Zuhairi Azmen selaku Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Sabah merangkap Ketua Biro Hubungan Korporat Universiti Malaya berkata, program ini diadakan setiap tahun bermula sesi 2017/2018 sebagai salah satu inisiatif PERMASA UM untuk mengetengahkan panel-panel bertauliah bagi membicarakan isu-isu dan permasalahan semasa, berkaitan Mahasiswa serta mencadangkan solusi kepada audiens pelajar untuk mengatasi permasalahan dari pelbagai perspektif sebagai seorang Mahasiswa.
Katanya lagi, keadaan norma baharu ini merupakan suatu peluang kepada PERMASA UM untuk memberi pendedahan tentang cabaran semasa Mahasiswa dan solusi kepada audiens secara lebih menyeluruh dengan adanya bantuan teknologi digital. Mengupas leibih lanjut bersama panel-panel jemputan iaitu Saudara Mohammad Fauzi Bin Acho- Tokoh Belia Negara ( Anugerah Emas Remaja Perdana ), Saudara Khairul Anwar Rosnan - Fasilitator Pembelajaran Utama Recaliph Consultancy, Saudara Achmad Noorasyrul (DS CHAZY) - Usahawan Sosial dan Pembangun Sistem Aplikasi, dan Moderator hebat Saudari Mariana Naman - YDP PERMASA UM, telah sudi hadir meluangkan masa bersama sesi perkongsian bicara ilmu kali ini.
Beruntunglah mereka yang mempersiapkan masa depannya dengan ilmu yang manfaat dengan meraikan kepelbagaian dan mengeratkan perpaduan, katanya.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Sekalung Penghargaan jutaan terima kasih, Syabas dan Tahniah buat semua Pimpinan PERMASA UM serta barisan Panel jemputan atas penganjuran program yang cukup baik dan bermanfaat serta memberikan impak positif buat warga Belia Negeri Sabah dan Bahagian Tawau khasnya.
KOTA KINABALU, 27 Januari 2021 – Satu perbincangan secara atas talian telah diadakan bagi membincangkan Program Skim Perantisan Nasional antara Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, PERKESO Negeri Sabah, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian di seluruh negeri Sabah dan disertai juga Urusetia SPN Kebangsaan.
Perbincangan kali pertama ini adalah bagi mewujudkan jalinan kerjasama antara agensi-agensi yang terlibat bagi mempromosikan dan menghebahkan secara menyeluruh mengenai Skim Perantisan Nasional (SPN) selain membantu para belia untuk mendapatkan pekerjaan dan membantu para majikan untuk mencari pekerja.
Turut bersama dalam perbincangan atas talian ini ialah En. Mohamad Mazlan Bin Hj Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan En. Daud Nordin mewakili PERKESO Nergeri Sabah.
KALABAKAN, 26 Disember 2020 - Program Cergas Aerodance dan Zumba telah diadakan di Dewan Mini Kalabakan hari ini.
Program ini telah disertai seramai 30 org sahaja serta mematuhi garispanduan SOP yang telah ditetapkan.
Kolarbrasi Cergas ini dianjurkan bersama D'Lyana Fitness Team Kalabakan dan Kelab Kecergasan Tanjung Batu,Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Coach Saief Moly berkata, antara lain tujuan kolarbrasi program ini diadakan adalah untuk menjalin eratkan hubungan dua hala antara Kelab Kecergasan Tanjung Batu dan D'Lyana Fitness Kalabakan, selain berkongsi pengalaman bertukar idea dalam memupuk dan menyemarakkan lagi budaya gaya hidup sihat serta mengajak lebih ramai lagi masyarakat massa memberi perhatian kepada kesihatan , kecergasan dan senaman ianya perlu diamalkan dalam setiap aktiviti seharian secara berterusan dikalangan Wanita Kalabakan dan Tanjung Batu serta sekitarnya.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Penghargaan Jutaan Terima Kasih, Syabas dan Tahniah kepada Kelab Kecergasan Tanjung Batu,Tawau - Coach Ayu / Coach Azlan, dan D'Lyana Fitness Team Kalabakan-Coach Saief Moly atas kejayaan yang cukup membanggakan bagi penganjuran program cergas kali ini.
TAWAU, 25 Disember 2020 - Program pengagihan 30 barangan berbentuk Lampin Pakai Buang dan Susu Rumusan Bayi kepada keluarga yang terjejas akibat pandemik covid19 di Kg Sentosa Hill Top dan Kg Jawa Tawau hari ini.
Program ini dikendalikan oleh MRA Sabah (Tawau) bersama Rakan Strategik Kelab Rakan Muda Tawau dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta Bulan Sabit Merah Malaysia selaku penyumbang utama atas keperihatinan dengan nasib keluarga yang terjejas lagi memerlukan ketika ini.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja MRA Sabah (Tawau) juga Pemimpin ARP Rakan Muda, Kelab Rakan Muda Tawau mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Bulan Sabit Merah Malaysia serta semua pihak yang terlibat bersama membantu kerja-kerja usaha yang murni ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Syabas dan Tahniah buat semua Penggerak Sukarelawan Negeri Sabah khasnya Bahagian Tawau, semoga setiap langkah,tindakan dan pengorbanan serta komitmen yang tinggi dalam merealisasikan gerak kerja ini diberikan rahmat dan kebaikan.
TAWAU, 25 Disember 2020 - SABAH 2021: HARAPAN & CABARAN telah bersiaran secara langsung LIVE FB di Facebook Rasmi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau hari ini.
Program yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau bersama Rakan Program Signature by TLB dengan sokongan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Saudara Khairul Anwar Junus, Selaku Moderator dan juga Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Panel Jemputan Khas YB Datuk Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan - Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah, begitu juga panel yang lain iaitu Saudari Asmah Kadir - Penerima Anugerah Wira Belia Covid 19, Saudara Andika Nazri - Usahawan Muda Pemilik Pali-Pali Bundle telah sudi hadir meluangkan masa bersama dalam slot kali ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan Sekalung Penghargaan jutaan terima kasih, Syabas dan Tahniah buat semua Pimpinan GPBBT serta barisan Panel jemputan atas penganjuran program dalam slot perkongsian/ perbincangan ilmu yang cukup baik dan bermanfaat serta memberikan impak positif buat warga Belia Negeri Sabah dan Bahagian Tawau khasnya.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262