
KOTA KINABALU, 26 November 2020 - Program Rakan Muda Day Out Peringkat Negeri Sabah telah diadakan dengan kerjasama Kelab Belia Bukit Padang dan Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu (PBIK) bertempat di Tabika Perpaduan Taman Khidmat, Bukit Padang.
Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia yang prihatin, bertanggungjawab, saling bantu membantu tidak kira agama kaum dan warna kulit. Semangat ini juga perlu diterapkan melalui kerjasama pelbagai pihak, sama ada individu, badan Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah gotong-royong membersihkan kawasan, menanam pokok bunga dan mengecat pondok. Program ini telah disertai oleh 7 orang sukarelawan dan 2 orang Guru Tabika Perpaduan.
Program ini telah disempurnakan oleh Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan pegawai-pegawai di Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Oleh:
Noorsafarinah Madalin
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 457




