
TUARAN, 3 November 2020 - Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tuaran dan Yu Huang Temple Tuaran telah menganjurkan Program Menderma Darah bertempat di Bangunan BSMM Daerah Tuaran baru-baru ini.
Menurut kenyataan Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo, seramai 33 orang telah mendaftar sebagai penderma tetapi hanya 14 orang penderma sahaja berjaya menderma darah dengan kutipan sebanyak 14 pints meliputi darah jenis O, A, B dan AB.
Kevin juga menambah, pada Masa yang sama, BSMM Daerah Tuaran turut menyumbangkan 90 keping Face Shield kepada frontliner Unit Tabung Darah Hospital Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 341


