
TAMPARULI, 7 September 2020 - Program Sambutan Merdeka @ Komuniti Pejabat Daerah Kecil Tamparuli berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Kecil Tamparuli hari ini.
Program yang disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Encik Herman Tungginging turut diwarnai dengan Ceramah Khas Merdeka oleh Pegawai Penerangan Daerah Tuaran dan penyampaian hadiah-hadiah pertandingan hiasan kemerdekaan kategori premis bangunan dan kedai.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat turut menghantar penyertaan terdiri daripada pergerakan badan beruniform, kelab belia, sukan dan waja diri sekitar daerah Tuaran dan Tamparuli bagi menyerikan program berkenaan.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Encik Herman berkata program tersebut mampu menyemarakkan dan menggelorakan semangat patriotisma dan cintakan negara dikalangan belia.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 592





