TUARAN, 18 Ogos 2020 - Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran telah melaksanakan Program Misi Belia Prihatin bertempat di Balai Muhhibah Kg Monggis Tenghilan pada baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Encik Kevin Lo berkata mereka telah mengadakan aktiviti berbentuk penghantaran bantuan 121 pek pakaian terpakai untuk diagihkan kepada 5 buah kampung terlibat iaitu, Kg Kayangat, Kg Monggis, Kg Tomboilik, Kg Koburon dan Kg Tiong Monggis.
Beliau menambah seramai 9 Orang sukarelawan terlibat menjayakan program tersebut.
RANAU, 18 Ogos 2020 - Lawatan minggu ke-5 bagi memeriksa kerja-kerja membaikpulih dan naik taraf Gelanggang Bola Keranjang Kg. Lohan Satu, Ranau telah diadakan hari ini.
Lawatan yang diketuai oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir untuk mempastikan kerja-kerja kontraktor dilaksanakan mengikut skop-skop kerja yang ditetapkan oleh pihak Jabatan.
KOTA KINABALU, 17 Ogos 2020 - Satu sesi perbincangan bagi persediaan perbincangan menetapkan usul Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah 2020 bagi Bahagian Pantai Barat telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hari ini.
Perbincangan antara Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan wakil Gabungan Persatuan Belia Pantai Barat Selatan, Cik Nur Fadilah Mohamad antara lain untuk memperhalusi agenda dan senarai kehadiran ngo terlibat pada 19 Ogos 2020 (Rabu) di Bilik Mesyuarat, Arena Belia Kota Kinabalu, Pejabat KBSS Pantai Barat Selatan.
JOHOR BAHRU, 15 Ogos 2020 - Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran/ Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo menerima Anugerah Wira Belia COVID-19 sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari ini bertempat di Persada International Convention Centre, Johor Bahru, Johor.
Kevin semasa dihubungi oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana mengiktiraf sumbangan belia-belia di negara ini.
Penghargaan dan pengiktirafan kepada beliau tersebut diatas sumbangan luar biasa kepada masyarakat dan negara semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menghadapi suasana pandemik COVID-19.
RANAU, 11 Ogos 2020 - Lawatan minggu ke-4 bagi memeriksa kerja-kerja membaikpulih dan naik taraf Gelanggang Bola Keranjang Kg. Lohan Satu, Ranau telah diadakan hari ini.
Lawatan yang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas untuk mempastikan kerja-kerja kontraktor dilaksanakan mengikut skop-skop kerja yang ditetapkan oleh pihak Jabatan.
TAWAU, 10 OGOS 2020 - Telah berlangsung Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Sabah Siri 2/2020 Edisi Tawau & Sandakan.
Kursus yang diadakan sehari ini melibatkan penyertaan seramai 27org peserta yang terdiri dari PegawaidPegawai Pejabat Belia dan Sukan, Pemimpin-Pemimpin NGO Belia, Guru-Guru Pembimbing Sekolah Menengah Bahagian Tawau dan Sandakan.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dan badan operasi ARPRM yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi tentang program ARPRM ini secara keseluruhan. Meningkatkan tahap kecekapan pegawai Belia dan Sukan Bahagian, Pemimpin badan operasi dan sukarelawan anugerah dalam pelaksanaan dan Pengurusan program ARPRM
Majlis penutup telah disempurankan oleh Y.Bhg Encik Mohamad Mazlan Bin Hj Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Hadir sama Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah Rakan Muda, Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, Encik Mohd Syahrin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan.
Kursus jni dikendalikan sepenuhnya oleh.Puan Nur Ain Khadijah Rutel , Bhg Rakan Muda KBS dan dibantu oleh Encik Potter Kai Fong dari MAGGA.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada semua Peserta khususnya Pemimpin-Pemimpin ARPRM dan Barisan Urusetia JBS(P) Negeri Sabah serta Barisan Fasilitator KBS, diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan kursus ini.
TUARAN, 9 Ogos 2020- BSMM Daerah Tuaran terus giat membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran apabila mengadakan kempen menderma darah bertempat di Balai Muhibbah Kg. Dungun Bawang Sarayo, Tuaran hari ini.
Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Kevin Lo berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tuaran, Majlis Pengurusan Komuniti kampung dan Ketua Kampung Kg. Dungun Bawang Sarayo Tuaran.
Seramai 13 orang telah mendaftar sebagai penderma dan berjaya mengutip 13 pints darah jenis A, B, O dan AB.
KOTA KINABALU, 8 Ogos 2020 - Seramai 5 orang peserta bahagian Pantai Barat telah menyertai Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sabah Siri 1/2020 bertempat di Bangunan Arena Belia Kepayan, KBSS Pantai Barat Selatan hari ini.
Kursus sehari anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bertujuan melahirkan lebih ramai pemimpin dan Badan Operasi ARPRM yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi dalam bidang ARPRM ini.
Turut hadir mengiringi peserta bahagian Pantai Barat, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Andy Suhardy Sarbini.
KOTA KINABALU, 8 Ogos 2020 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Fan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Sabah Siri 1/2020 pada hari ini bertempat di Arena Belia, Kota Kinabalu.
Seramai 32 orang telah menyertai kursus ini dan diharap dengan adanya program ini para peserta dapat menimba ilmu dan memanjangkan kepada belia-belia di bahagian masing-masing kelak
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Mazlan Bin Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262