
SEPANGGAR, 31 Ogos 2020 - Seramai 14 ahli Kelab Anak Muda Progresif Beverly Hills Penampang menyertai Hiking Langkah Merdeka, Sedetik Bersama Progresif bertempat di Bukit Janggut Sepanggar hari ini.
Program yang dirangka khas oleh kelab tersebut diketuai sendiri oleh Presiden Kelab, Datu Mohd Azwan Nazpee Bin Datu Pindatun bertujuan untuk meningkatkan rasa cinta terhadap negara Malaysia bersempena dengan kemerdekaan kali yang ke-63.
Menurut Datu Mohd Azwan, peserta membawa Jalur Gemilang mendaki Bukit Janggut kemudian mengibarkannya di puncak bukit disertai dengan bacaan ikrar rukun negara, nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan laungan merdeka sebanyak 3 kali.
"Mengibar Jalur Gemilang di puncak Bukit Janggut sebagai simbolik penyemarakan semangat kemerdekaan buat kami pada tahun ini." tambah Datu Mohd. Azwan.
Turut mengiringi hiking tersebut, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Andy Suhardy Sarbini.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 453




