PUTATAN, 16 Julai 2020 - Telah berlangsung Sesi Penilaian Akhir Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2020 bagi Kategori Pertubuhan Belia dan Individu.
Tawau telah menghantar 2 kategori iaitu Kategori Pertubuhan Belia (Kelab Rakan Muda Tawau) dan Kategori Individu iaitu Pemimpin Belia iaitu Saudara Fazlan bin Thomas yang aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan.
Hadir sama memberikan sokongan moral dan suntikan motivasi buat calon-calon APBN Tawau ini Encik Zayanidi Bin Abbas, Pegawai Unit Sukan Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau.
Semoga Calon-calon Belia Kategori Individu dan Pertubuhan Belia mewakili Bahagian Tawau ini beroleh kejayaan yang cemerlang.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 409
