
TUARAN, 9 Mac 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Youth United Carnival 2020 telah diadakan hari ini bertempat di Pusat Sosial Anak Tuaran (PESAT).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Tuaran Youth Town Club (TYTC), Encik Mohammad Ghazali Datuk Seri Panglima Hajiji antara lain memaklumkan tarikh baharu penganjuran karnival yang sepatutnya dijadualkan pada 11 - 15 Mac 2020 dianjak ke 1 - 5 April 2020 bertempat di Padang Pekan Tuaran.
Menurut Ghazali, terdapat 7 acara yang bakal dilaksanakan sepanjang karnival tersebut dan berharap kepada semua AJK yang telah dilantik melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya bagi mencapai sasaran 10 ribu pengunjung sepanjang karnival berlangsung.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Encik Hamzah Md. Tahir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Eldridge Baxter Jilan, Pegawai KBSS Daerah Tuaran dan Encik Muhamad Zaineh Hj. Razali, Pengerusi Skuad AADK Daerah Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 539




.jpg)

.jpg)