
SOOK, 14 Februari 2020 - Penolong Pegawai Daerah Sook, Encik Paul F. Isidore menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang membantu dalam menjayakan Lawatan Mobile Team Verifikasi eKasih Daerah Kecil Sook dalam satu sesi mesyuarat rumusan yang diadakan di Pejabat Daerah Sook. Mesyuarat yang diadakan ini setelah selesai program lawatan selama 2 hari bermula 13 Februari 2020 hingga 14 Februari 2020.
Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, Puan Jovanna Juanis turut hadir dalam mesyuarat ini memaklumkan bahawa pihak pejabat akan sentiasa membuat susulan terhadap pembangunan belia di kampung-kampung yang telah dilawati dalam program ini. Diharapkan program seumpama ini lebih kerap diadakan di seluruh Bahagian Keningau bagi memastikan lebih ramai belia mengetahui program-program atau bantuan dari pelbagai agensi kerajaan dengan lebih efisien
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 433





.jpg)
.jpg)
.jpg)