.jpg)
KOTA KINABALU, 5 Februari 2020 - Tirai Petronas Le Tour de Langkawi 2020 disingkap dalam suasana meriah dengan berlangsungnya Majlis Pengenalan Pasukan yang menampilkan kesemua 21 pasukan yang bersaing pada edisi ke-25 di sini, malam ini.
Barisan pasukan yang terdiri dari satu pasukan dunia, 5 pasukan pro, 14 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan diperkenalkan pada majlis yang mencatatkan sejarah tersendiri dan berlangsung buat julung kali di Padang Merdeka di sini
LTDL kembali ke Sabah dan Sarawak selepas tempoh 23 tahun, sekaligus mencatatkan satu lagi kegemilangan buat perlumbaan yang kini tersenarai sebagai ProSeries mulai tahun ini. Acara pembukaan saingan bermula dengan perlumbaan Kriterium Antarabangsa sejauh 90km di sekitar bandar Kota Kinabalu sebelum bermulanya saingan sebenar Peringkat 1 di Kuching Jumaat ini.
Majlis pengenalan Pasukan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Syed Saddiq Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan Malaysia mewakili Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Majlis pembukaan dan pengenalan pasukan turut diserikan lagi dengan pelbagai persembahan menarik dan persembahan bunga api.
Selamat datang dan selamat bertanding kepada semua pasukan yang menyertai.
“Sports Unite, Cycling Contributes”.
Kredit : Unit Grafik KBSS
- JBS Sabah
- Hits: 394

.jpg)
.jpg)



