.jpg)
PUTATAN, 21 Februari 2020 - Sukan Perpaduan, Persahabatan dan Persefahaman (SUKEP 2020) merupakan sukan yang ke 9 diperkenalkan oleh Lembaga Sukan Negeri Sabah semenjak tahun 2012dan buat julung kalinya penglibatan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah pada tahun ini.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan satu mesyuarat yang melibatkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Kinarut), Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah (PJS), Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Negeri Sabah (ROY) dan ILED yang akan turut serta dalam sukan tersebut bergabung di bawah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan turut hadir Encik Himran Entoh, Penolong Pengarah IKBN Kinarut, Puan Sempini Langiton Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah dan Puan Suzirani binti Muamat, Pegawai Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Sabah.
Oleh:
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 752

.jpg)

.jpg)




