.jpg)
TUARAN, 4 Februari 2020 - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Tuaran telah mengadakan jamuan tengah hari sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Bangunan BSMM Daerah Tuaran hari ini.
Majlis yang dihadiri hampir 200 orang ahli-ahli BSMM Daerah Tuaran dan masyarakat setempat tersebut turut dihadiri oleh Encik Hamzah Md. Tahir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Encik Kelvin Lo berkata sambutan tersebut diadakan bagi mengeratkan tali silaturahim dan perpaduan antara ahli-ahli BSMM dan masyarakat setempat
Majlis yang dijalankan dalam suasana sederhana tetapi meriah apabila disajikan dengan persembahan tarian singa dan juga acara santai karaoke untuk tetamu yang hadir.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 483





.jpg)

