.jpg)
KALABAKAN, 9 Januari 2020 – Hari ini Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau telah membuat lawatan pemeriksaan Gelanggang Futsal bagi tujuan pelupusan aset kerajaan.
Beliau bersama para Pegawai Unit Sukan telah ke Kampung Kalabakan yang terletak lebih kurang sejauh 60 kilometer daripada bandar Tawau. Satu unit Gelanggang Futsal di kampung berkenaan yang diuruskan oleh Encik Saad Bin Razak @ Herman. Encik Herman turut menerima baik cadangan pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau untuk melupuskan gelanggang tersebut. Gelanggang ini yang dahulunya dikenali sebagai GF1M Kg Kalabakan telah didirikan di atas tanah rezab kampung Kalabakan.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 484

.jpg)
.jpg)