- JBS Sabah
- Hits: 490
MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PINGAT GANGSA DAN PERAK SEKOLAH HENRY GURNEY KENINGAU

KENINGAU, 21 November 2019- Sekolah Henry Gurney Keningau di bawah unit Hal ehwal Pelajar dengan kerjasama Pejabat Belia dan ukan (P) Bahagian Keningau telah melaksanakan Majlis Pentaulihan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Pingat Gangsa dan Perak bertempat di Dewan Akademik Penjara Henry Gurney , Keningau.
Majlis Pentaulihan tersebut melibatkan seramai 53 orang pelajar Sekolah Henry Gurney yang menerima pingat Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana dan sijil pentaulihan tersebut telah disampaikan oleh tuan Alik Bin Makim, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau turut hadir adalah Puan Hasmah Binti Ajim, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Pegawai-pegawai Penjara Sekolah Henry Gurney, Keningau, Pegawai-pegawai Rakan Muda dari Unit Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah serta Pegawai-pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahgaian Keningau.
Program tersebut memberi impak yang baik untuk pelajar-pelajar sekolah Henry Gurney dalam pembentukan sahsiah dan mendisplinkan diri para peserta. Selepas tamat tempoh hukuman di sekolah Henry Gurney, peserta boleh menyambung tahap ke pingat Emas seperti yang di buat oleh bekas pelajar Sekolah Henry Gurney Keningau iaitu saudara Sonjah Bin Junaidi yang baru ditauliahkan Pingat Emas bagi Anugerah Remaja Perdana di Cyberjaya baru-baru ini.
Oleh:
Mohd Sofian bin Samad
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 490








