PENAMPANG, 26 Oktober 2019 - "Program Bulan Sukan Negara merupakan platform terbaik melahirkan masyarakat yang cergas fizikal serta menjamin kesihatan badan". Demikian antara ucapan YB Puan Jennifer Lasimbang, Pembantu Menteri Pelajaran & Inovasi Sabah merangkap ADUN N. 20 Moyog ketika merasmikan Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat 2019 di Kompleks Sukan Penampang hari ini.
"Saya menyeru kepada semua yang ada di sini supaya sentiasa menjalani hidup aktif dengan mengamalkan budaya sukan dalam kehidupan seharian dan sedar kepentingan menjaga Kesihatan diri". Tambah beliau.
Sambil merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur, YB Jennifer juga berharap agar program Bulan Sukan Negara dapat dijadikan titik permulaan kepada seluruh masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian bagi membantu mewujudkan komuniti yang sihat dan produktif.
Terdahulu dianggarkan hampir 4 ribu peserta mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti seperti senamrobik, fun ride, fun walk, fun run, Mari mencuba, pemeriksaan Kesihatan dan banyak lagi.
Turut hadir, Encik Henry Idol, Pegawai Daerah Penampang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat, Encik Stephen Andreas, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahgian Pantai Barat, Encik Mohd. Jaini Ag. Jad, Pegawai KBSS Bahagian Pantai Barat Selatan, DSP Mohd. Haris Bin Haji Ibrahim, Ketua Polis Daerah Penampang serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan daerah Penampang.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 366







.jpg)
.jpg)
.jpg)