.jpg)
TAWAU, 12 Oktober 2019 – Chang Nyet Keat dan Steven Lee Vui Lin muncul juara dalam pertandingan Balung XCO Challenge 2019 sempena Pelancaran Bulan Sukan Negara Peringkat Bahagian Tawau 2019 bertempat di Padang SMK Balung pagi ini. Chang dan Steven masing-masing menjuarai kategori Men Master dan Men Open setelah berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 20 kilometer bersamaan dengan 10 laps.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau dengan kerjasama Balung Cycling Club atau lebih dikenali sebagai B2C ini berjaya menghimpunkan seramai 150 orang pengiat sukan berbasikal di daerah ini. Menurut Encik Ramli, penyelaras Balung XCO Challenge 2019, pertandingan seumpama ini amatlah dinanti-nantikan terutamanya oleh para peminat sukan berbasikal kerana bukan sahaja dapat mengaplikasikan bakat dan hobi mereka namun memberi banyak manfaat kepada kesihatan fizikal dan dalaman seseorang individu.
Pelepasan peserta pada pagi ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Osman Jamal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.55 Balung, Turut hadir ialah Tuan Haji Mat Nor Haji Sima, Pengetua SMK Balung merangkap Pengerusi jawatankuasa pelaksana, Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Maseji Ladun, wakil daripada Majlis Perbandaran Tawau, Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSP Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 364

.jpg)
.jpg)
.jpg)





