.jpg)
KIMANIS, 10 Oktober 2019 - “Melentur buluh biar dari rebungnya” demikian antara amanat yang disampaikan oleh YB. Tuan Dr. Daud bin Yusof, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah ketika menyempurnakan majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Pekan Kimanis 2019 hari ini.
Beliau mengharapkan program tersebut dapat diteruskan dan dijadikan sebagai medan mencungkil bakat baharu dalam bidang sukan sekaligus melahirkan satu masyarakat yang hidup sihat dan cergas seiring dengan saranan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai masyarakat berbudaya sukan.
Beliau turut memberi galakkan dan sokongan kepada semua pelajar, ibu bapa dan guru agar bersama-sama memeriahkan Sambutan Bulan Sukan Negara yang disambut pada bulan Oktober pada tahun ini.
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Rendah Pekan Kimanis yang diterajui oleh Encik Rahim bin Pisal selaku Guru Besar sekolah berkenaan dalam ucapan turut menyokong BSN 2019 dengan memberi galakkan kepada murid-muridnya untuk bergiat aktif dalam sukan disamping mengutamakan pelajaran.
Turut hadir, Encik Andy Suhardy bin Sarbini dan Encik Joslam Syarifuddin mewakili Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Joslam Syarifuddin
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 495

.jpg)
.jpg)


.jpg)