- JBS Sabah
- Hits: 367
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM BULA SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH 2019

KENINGAU, 19 September 2019 - Satu Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana Program Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah 2019 telah diadakan pada 18 September 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Matulai, Pejabat Daerah Keningau.
Daerah Keningau telah dipilih sebagai “Tuan Rumah” dalam pelaksanaan Program Bulan Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah 2019. Program ini akan dilaksanakan pada 12 Oktober 2019 dengan pelbagai jenis aktiviti sukan yang akan dijalankan di Padang Bandaran Keningau.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Hassan Bin Mahali, Pegawai Daerah Keningau. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Encik Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dan Encik Ryandie Angsukup, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan Daerah keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 367


.jpg)
.jpg)




