
TELUPID, 7 September 2019 – Perjalanan Program Jelajah #YOUTHPOWER Sayangi Malaysiaku diteruskan lagi ke destinasi seterusnya iaitu Kampung Taviu Telupid yang terletak lebih kurang 2 jam daripada bandar Sandakan.
Antara tetamu yang hadir dalam program tersebut adalah Encik Aizat Bin Roslan Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Ahmad Akram Zulkifli merangkap EXCO YPC Kebangsaan, Encik Zurihanmi Bin Zakaria, Pengarah Cawangan Kepimpinan Sahsiah, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Puan Munirawaty Binti Undang, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sandakan.
Program ini telah berlangsung pada 7 September 2019 (Sabtu) pada jam 11.00 pagi. Antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program di Kampung Taviu Telupid ialah perlawanan futsal di antara komuniti belia setempat. Rata-rata para belia kelihatan bersemangat dengan program ini dan berharap agar program sebegini rupa diteruskan lagi pada masa akan datang. Program ini telah dirasmikan dengan ucapan daripada Encik Ahmad Akram bin Zulkifli merangkap EXCO YPC Kebangsaan. Setelah selesai majlis perasmian para peserta konvoi jelajah telah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya seperti dijadualkan.
Oleh:
Munirawaty Binti Undang
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 246







