
KIULU, 10 September 2019 - Program Merdeka @ Komuniti Sayangi MalaysiaKu, Malaysia Bersih di Dewan Masyarakat, Pekan Kiulu telah rasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau , Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan perindustrian Sabah , Ahli P.170 Tuaran hari ini.
Program yang dilaksanakan bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme didalam jiwa masyarakat, pelajar- pelajar sekolah dan golongan belia untuk terus mencetuskan dan menyemarakkan suasana semangat kemerdekaan dan mewujudkan rasa kekitaan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri juga berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pelbagai kategori termasuklah pertandingan pintu gerbang bulan kebangsaan dan bangunan kerajaan yang di hiasi dengan Jalur Gemilang.
Turut hadir, Encik Joisin Romut, Setiausaha Politik Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Encik Mohd. Sofian Alfian Nair, Pegawai Daerah Tuaran, Tuan Hj. Rakam Sijim, Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap Ketua Bahagian Warisan Tuaran serta Ketua- ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri daerah Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 435








