
KENINGAU, 19 September 2019 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sabah Games Kali Ke-9/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Keningau untuk membincangkan persediaan Daerah Keningau sebagai “ Tuan Rumah” pada tahun ini.
Daerah Keningau sekali lagi dipilih sebagai “Tuan Rumah” dalam pelaksanaan Sabah Games (SAGA) Kali Ke-9/2019 setelah pernah menjadi tuan rumah pada tahun 2011. Sabah Games (SAGA) Kali Ke-9/2019 akan dilaksanakan selama 7 hari berturut iaitu 7 - 13 Disemeber 2019 dengan pelbagai jenis sukan yang akan dipertandingkan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Hassan Bin Mahali, Pegawai Daerah Keningau. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah YBhg. Encik Neldin Gimbang, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan Daerah keningau.
Oleh:
Ryandie Angsukup
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 392

.jpg)
.jpg)





