.jpg)
KUNDASANG, 8 Oktober 2019 - Bulan Sukan Negara disemarakkan lagi pada tahun ini apabila pendaki-pendaki menaiki gunung kinabalu sebagai tanda sokongan kepada penganjuran program tersebut pada 6-7 Oktober 2019.
Kumpulan pendaki yang diketuai oleh Puan Steparies Martin dari Universiti Malaysia Sabah berkata, bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan BSN diseluruh negara, kumpulan mereka menjadikan aktiviti pendakian gunung kinabalu sebagai salah satu kaedah bagi menyokong penganjuran berkenaan.
Turut berada dalam kumpulan pendakian tersebut, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Andy Suhardy Sarbini.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 361






.jpg)
