
RANAU, 17 September 2019 - Satu Bengkel Cungkil Kayu (Woodcut) telah diadakan di Dewan Arena Belia KBSS Daerah Ranau pada 16 September 2019 bersama kolektif kebanggaan Daerah Ranau iaitu Pangrok Sulap anjuran bersama Pusat Belia YouthPREP Alamesra Kota Kinabalu, KBSS Daerah Ranau dan Pejabat Belia dan Sukan (P) Daerah Ranau.
Bengkel yang dihadiri seramai 30 peserta dari sekitar Daerah Ranau ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan bertujuan melatih para belia untuk mempelajari bidang cungkil kayu yang boleh dijadikan sebagai hobi mahupun perniagaan terutama percetakan baju. Uniknya, bengkel ini hanya menetapkan yuran seikhlas dari peserta itu sendiri dan menerapkan konsep mengurangkan penggunaan plastik.
Pengasas kolektif Pangrok Sulap, Encik Rizo Leong sangat teruja untuk mengadakan bengkel cungkil kayu ini di daerah kelahiran sendiri memandangkan Pangrok Sulap sering menerima jemputan daripada dalam dan luar negara antaranya India, Hong Kong, Paris, Jepun dan banyak lagi. Encik Erzan Abdullah, Pegawai PBSP Ranau berharap para belia mengambil peluang keemasan ini untuk beramah mesra dan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama Pangrok Sulap dan menyokong produk tempatan khususnya Daerah Ranau.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 438




.jpg)


.jpg)