
TAWAU, 6 September 2019 – Satu taklimat sempena program Jelajah #Youth Power Sayangi Malaysiaku telah berlangsung di Sri Titingan Seafood Restaurant semalam. Seramai 30 orang urusetia program telah hadir ke sesi taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh Encik Sarifudin Pengerusi Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB).
Sesi taklimat tersebut adalah untuk memberi penerangan kepada urusetia tentang tentatif dan perancangan program yang akan dilaksanakan sepanjang tiga hari program jelajah di negeri Sabah. Program jelajah akan bermula di Tawau pada 6 September 2019 dan berakhir di Kota Kinabalu pada 9 September 2019. Program Jelajah #Youth Power Sayangi Malaysiaku adalah anjuran FKPB dengan kerjasama Cawangan Kepimpinan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 305

.jpg)





.jpg)