
SANDAKAN, 22 Ogos 2018 – Mesyuarat Penyelarasan Program Sandakan Festival Fun Run telah diadakan pada 20 Ogos 2019 (Selasa) bertempat di Majlis Perbandaran Sandakan.
Antara agenda yang telah dibincangkan adalah berkenaan dengan persediaan Program Sandakan Festival Fun Run 5km 2019 yang akan diadakan pada 24 Ogos 2019 bersamaan dengan hari Sabtu. Anggaran penyertaan adalah seramai 500 orang dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Setiap peserta akan dikenakan yuran sebanyak RM30.00 dan peserta akan membawa pulang medal penyertaan, baju t-shirt dan e-sijil. Setiap peserta juga layak mendapat tiket cabutan bertuah.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Elron Edika M. Sator, Timbalan Setiausaha Majlis Perbandaran Sandakan dan turut hadir adalah Puan Munirawaty Binti Undang, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan bersama agensi-agensi kerajaan yang lain.
Oleh:
Munirawaty Binti Undang
PBSB Sandakan
- JBS Sabah
- Hits: 376





