
RANAU, 7 Ogos 2019 - Satu lawatan tapak telah diadakan bertempat di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Mesilou, Kundasang dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kundasang pada hari ini oleh Encik Mohamad Mazlan Hj Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah serta Encik Mohd Hafiz Abdul Halim, Pegawai Pembangunan Ekonomi JBS(P) Sabah.
Antara tujuan lawatan ini diadakan adalah sebagai persediaan penganjuran Program Youth Agro Tech Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 16-19 Ogos 2019 bertempat di ILIM Kundasang manakala latihan amali bertempat di TKPM Mesilou.
Turut hadir didalam lawatan tersebut, Encik Erzan Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan (P) Daerah Ranau dan Encik Emdy Matuya, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Ranau.
Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah persediaan tempat dan modul-modul latihan khusus dalam pertanian kaedah fertigasi. Program ini mensasarkan seramai 30 peserta belia yang berminat dan berkeinginan untuk menimba ilmu serta meningkatkan taraf ekonomi dalam bidang pertanian fertigasi.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 364






.jpg)




