
TAWAU, 26 Julai 2019 – Seramai 50 agensi-agensi dan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri Sabah telah hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Penyertaan Program Fit Malaysia 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat UTC Tawau pada 22 Julai 2019 yang lalu.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Fit Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2019 bakal berlangsung pada 3hb hingga 4hb Ogos 2019 bertempat di Padang Bandaran Tawau. Dalam mesyuarat berkenaan, beliau telah menyeru semua agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan yang hadir untuk menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk mencapai target penyertaan seramai 8000 orang peserta pada program itu nanti. Ahli mesyuarat keseluruhannya bersetuju untuk memberikan kerjasama dari segi penyertaan terhadap program yang dianggap bermanfaat kepada orang ramai itu.
Turut bersama pada hari tersebut ialah Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta Encik Ponniah A/L Palanniapen, Pegawai Sukan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 357







.jpg)
.jpg)
